Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458143
Title: Penerapan model zakat korporat di Pusat Zakat Sabah
Authors: Ismail Anam (P47393)
Supervisor: Amir Husin Mohd. Nor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zakat -- Malaysia -- Sabah
Taxation (Islamic law)
Economics -- Religious aspects -- Islam
Pusat Zakat Sabah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jun-2011
Description: Zakat adalah salah satu Rukun Islam yang amat penting yang boleh membangun serta menyelesai kemelut kemiskinan ummah. Sekiranya kutipan zakat dilaksanakan dengan penuh sistematik dan profesional, ianya akan menyumbang kepada peningkatan dana zakat dan membantu pembangunan asnaf dalam mencapai kehidupan yang lebih baik berlandaskan maqasid sharicah. Peningkatan jumlah kutipan zakat dikaitkan dengan model pengurusan zakat secara profesional dan korporat sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Lembaga Zakat Selangor. Justeru itu, Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan model zakat korporat di Pusat Zakat Sabah dari sudut pengurusan organisasi dan sumber manusia, peranan Enakmen undang-undang zakat, pengurusan kutipan dan agihan zakat serta program latihan dan promosi-promosi zakat yang menyumbang ke arah peningkatan dana zakat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah analisis dokumen digunakan untuk menganalisa aspek-aspek yang menyumbang ke arah pengurusan yang efektif dan berkesan. Semua dokumen yang dikumpul dianalisis dengan membuat perbandingan sama ada melihat kepada peningkatan ataupun penurunan kutipan zakat. Kaedah temu bual secara terbuka juga digunakan bagi membantu mencapai matlamat kajian. Hasil kajian mendapati pengurusan zakat di Pusat Zakat Sabah belum berkesan dan memerlukan penambahbaikan terutamanya dalam aspek pengurusan sumber manusia dan organisasi, aspek pengurusan kutipan dan aspek pengurusan agihan zakat Sabah. Manakala peruntukan Enakmen Undang-undang Zakat Sabah amat sistematik dan berkesan sekiranya mendapat dokongan pengurusan sumber manusia Pusat Zakat Sabah. Dapatan juga dihasilkan dengan menjadikan Model Pengurusan Korporat Lembaga Zakat Selangor sebagai contoh terbaik dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan zakat di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 135
Call Number: BP180.I84 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.