Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458141
Title: Pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda Subang, Jawa Barat
Authors: Fikry Ramadhan Suhendar (P50606)
Supervisor: Mohd. Ridzuan Awang, Prof. Madya.
Keywords: Waqf -- Indonesia -- West Jawa
Charitable uses
trust and foundations -- Indonesia -- West Jawa
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Oct-2011
Description: Kajian ini berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) Subang Jawa Barat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan dan pembangunan harta wakaf di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM), menganalisis sistem pengurusan dan pembangunan harta wakaf serta mengetahui sejauh mana kemajuan dan pembangunan harta wakaf yang telah dicapai oleh yayasan tersebut. Kajian deskriptif-kualitatif ini dijalankan melalui kaedah kajian kepustakaan dan lapangan dengan mencari dan mengumpulkan semua data yang berhubungkait dengan harta wakaf dan pembangunan harta wakaf di yayasan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tanah wakaf yang ada di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) sudah diuruskan dengan baik dan berkesan. Namun demikian hasil yang maksimum belum dapat dinikmati oleh jawatankuasa dan masyarakat sekitar yayasan tersebut disebabkan kurang produktifnya pembangunan harta wakaf. Ini terbukti apabila manfaat daripada tanah wakaf dan pembangunan belum dapat diagihkan secara menyeluruh kepada pihak ma'had, pelajar dan masyarakat. Nazir di Yayasan Pendidikan Islam Miftahul Huda (YPIM) belum dapat meningkatkan pembangunan yayasan secara optimum kerana faktor tertentu yang menghalang mereka dalam membangunkan harta wakaf, di antaranya tumpuan harta wakaf hanya kepada pendidikan sahaja, sedangkan banyak cara lain harta wakaf dapat dikelola agar lebih produktif seperti pembangunan hospital, rumah sewa, pusat perniagaan, koperasi, sistem skim wakaf dan lain-lain yang boleh dilakukan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 234
Call Number: BP170.25.F534 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114912+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.