Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458139
Title: | Amalan pengajaran berasaskan motivasi guru Bahasa Arab di Kolej Islam Sultan Alam Shah |
Authors: | Sumaiyah Sulaiman (P47373) |
Supervisor: | Kaseh Abu Bakar, Dr. |
Keywords: | Motivation in education -- Malaysia Arabic language -- Study and teaching (Secondary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Nov-2011 |
Description: | Guru sering menghadapai masalah memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pengajaran berasaskan motivasi merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif yang bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran berasaskan motivasi kalangan guru-guru bahasa Arab di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sama ada guru-guru bahasa Arab mengaplikasi unsur-unsur motivasi dalam kelas. Pemerhatian kelas telah dijalankan berdasarkan Senarai Semak Amalan Pengajaran Berasaskan Motivasi (SSAPBM) iaitu; mewujudkan keadaan asas bermotivasi, menjana motivasi awalan kalangan pelajar, mengekalkan dan melindungi motivasi dan menggalakkan penilaian kendiri retrospektif yang positif. Seramai empat orang guru telah dipilih secara pursposive sampling sebagai partisipan untuk kajian ini. Temubual bersama guru dan murid dijalankan sebagai 'triangulasi' dan bagi meninjau pandangan mereka berkaitan amalan pengajaran yang mempengaruhi motivasi dan bagi mendapatkan pandangan masalah dalam menerapkan motivasi pelajar. Data dianalisis berdasarkan taburan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran berasaskan motivasi diamalkan oleh keempat-empat guru bahasa Arab ini. Namun, dapatan ini juga memperlihatkan guru kurang menerapkan komponen ketiga iaitu mengekalkan dan melindungi motivasi dalam pengajaran. Komponen ini merangkumi beberapa item yang tidak menjadi amalan guru seperti pembelajaran koperatif, aktiviti berpusatkan pelajar dan elemen cabaran dalam tugas-tugas pembelajaran. Hasil kajian ini ada hubungkait dengan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru bahasa kedua yang kekurangan komponen mengekalkan dan melindungi motivasi. Implikasi daripada kajian ini, mendapati guru-guru perlu didedahkan dengan kepentingan dan motivasi dalam pengajaran bahasa Arab bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru, selain dibekalkan modul latihan perguruan berasaskan motivasi terutamanya yang berkaitan dengan mengekalkan dan memelihara motivasi agar pengajaran bahasa Arab lebih efektif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 135 |
Call Number: | LB1065.S845 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114907+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.17 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.