Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458131
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLatifah Abdul Majid, Dr.-
dc.contributor.authorMaisarah Saidin (P50571)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:29Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:29Z-
dc.date.issued2011-12-12-
dc.identifier.otherukmvital:114836-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458131-
dc.descriptionKajian ini membincangkan tentang peranan bahan bacaan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam pembentukan akhlak kanak-kanak. Terdapat perbezaan yang ketara pada kuantiti bahan bacaan kanak-kanak di PNM mengikut subjek khususnya fiksyen dan agama. Oleh yang demikian, proses dan kriteria pemilihan bahan bacaan kanak-kanak yang dijalankan oleh PNM perlu dikenalpasti. Selain itu, berdasarkan beberapa kajian lepas, bahan bacaan agama seringkali dikaitkan dengan pembentukan akhlak mulia. Namun begitu, pengkaji berpendapat bahawa bahan bacaan fiksyen juga berperanan dalam membentuk akhlak kanak-kanak. Ini kerana, terdapat juga unsur nilai murni dalam bahan bacaan fiksyen. Di samping itu, realiti pemilihan di PNM juga menunjukkan bahawa bahan bacaan fiksyen lebih digemari oleh kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini tertumpu pada analisis kandungan bahan bacaan fiksyen dan agama. Analisis ini bertujuan mengenalpasti nilai-nilai murni dalam kedua-dua bahan bacaan tersebut. Kesan bahan bacaan tersebut terhadap akhlak kanak-kanak juga dikenalpasti. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kandungan yang memaparkan nilai murni merupakan kriteria yang diutamakan PNM ketika proses pemilihan bahan bacaan. Berdasarkan analisis yang dijalankan juga mendapati bahawa bahan bacaan kanak-kanak di PNM sememangnya mengandungi nilai murni. Namun begitu, tidak semua nilai tersebut terangkum pada setiap bahan bacaan yang dikaji. Bahan bacaan di PNM didapati memberi kesan positif terhadap pembentukan akhlak kanak-kanak. Faktor-faktor lain seperti didikan ibu bapa, guru, pengaruh rakan sebaya dan media massa turut menyumbang kepada pembentukan akhlak mulia. Justeru, kajian ini menyalurkan maklumat yang dapat membantu penerapan akhlak dengan mudah kepada kanak-kanak melalui bahan bacaan. Penelitian yang lebih rapi ketika proses pemilihan dapat memastikan bahan bacaan yang dipilih memberi kesan positif pada pembentukan akhlak mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectChildren -- Books and reading -- Malaysia-
dc.subjectReading (Primary) -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePeranan bahan bacaan di perpustakaan negara malaysia dalam pembentukan akhlak kanak-kanak-
dc.typetheses-
dc.format.pages161-
dc.identifier.callnoLB1525.6.M336 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002443(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114836+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.