Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458126
Title: Pentadbiran harta pusaka kecil orang Islam di Malaysia: kajian kes tertangguh di negeri Kelantan
Authors: Rina Fakhizan Mohd Sukri (P44819)
Supervisor: Mohd Ridzuan Awang, Prof. Madya.
Keywords: Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia -- Kelantan
Property (Islamic law) -- Malaysia -- Kelantan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Aug-2011
Description: Di Malaysia terdapat dua peruntukan yang berbeza berkaitan dengan undang-undang dan pentadbiran pusaka orang Islam iaitu Senarai 2(1) iaitu Senarai Negeri dan Senarai 1(4)(e) iaitu Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada kedua-dua senarai tersebut undang-undang pusaka orang Islam terletak dibawah bidang kuasa negeri-negeri, manakala pentadbirannya pula terletak di bawah bidng kuasa Kerajaan Persekutuan. Kajian ini merupakan kajian kes pusaka yang tertangguh di Negeri Kelantan dari tahun 2000 sehingga 2008. Objektif kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui pentadbiran harta pusaka kecil orang-orang Islam di Malaysia dan undang-undang yang diguna pakai. Penulis juga mengkaji kes harta pusaka yang tertangguh di antara tahun 2000 sehingga 2008 di Negeri Kelantan dan mengenalpasti punca-punca berlakunya penangguhan pembahagian harta pusaka di Negeri Kelantan. Untuk tujuan ini, penulis menggunakan dua metode kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan untuk mendapatkan maklumat dan data-data berkaitan kes pusaka tertangguh dengan di sokong oleh Pegawai Penyelesai Pusaka Negeri Kelantan. Hasil kajian mendapati bahawa berlakunya kes harta pusaka tertangguh adalah berpunca dari ahli waris itu sendiri sama ada ahli waris tidak datang semasa perbicaraan atau pun tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat. Tidak dinafikan juga, masalah berpunca dari pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) itu sendiri di mana kebanyakan disebabkan oleh kakitangan JKPTG yang tidak mencukupi untuk menguruskan kes-kes pusaka. Dengan itu, JKPTG membuat beberapa program bersama rakyat untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang pentingnya tuntutan harta pusaka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 118
Call Number: BP158.I45R535 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114736+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.