Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458119
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Nasran Mohamad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Muslim Abdullah (P47318)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:24Z-
dc.date.issued2012-07-07-
dc.identifier.otherukmvital:114609-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458119-
dc.descriptionᶜAdad dan ma'dud merupakan salah satu tajuk dalam kajian sintaksis bahasa Arab yang sukar dikuasai sepenuhnya oleh pelajar Melayu bahkan juga oleh guru-guru. Beberapa aspek berkaitan dengan penulisan cadad dan macdud seringkali menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aspek-aspek kesalahan yang dilakukan oleh pelajar tingkatan lima di dua buah sekolah menengah agama dalam daerah Temerloh, Pahang berkenaan tajuk cadad dan macdud bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah ujian bertulis dan soal selidik terhadap 50 sampel yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari SMA Al-Khairiah dan 25 orang pelajar dari SMA Al-Wosto. Jawapan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar dalam ujian bertulis dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan formula taburan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar telah melakukan sebanyak 927 kesalahan. Kesalahan yang mencatatkan jumlah terbesar ialah dalam aspek icrab iaitu sebanyak 317 kes yang mewakili 34.20% daripada jumlah keseluruhan kesalahan. Aspek padanan genus di antara cadad dan macdud pula berada di tempat kedua terbanyak dengan mencatatkan sebanyak 275 kesalahan iaitu 29.67%. Kesalahan berkaitan penulisan lafaz macdud mencatatkan sebanyak 149 kes atau 16.07% untuk berada di senarai ketiga terbanyak. Seterusnya ialah kesalahan dalam meletakkan kedudukan cadad dan macdud yang mencatatkan sebanyak 105 kesalahan atau mewakili 11.33% daripada jumlah kesalahan keseluruhan. Kesalahan padanan bilangan cadad dan macdud pula mencatatkan sebanyak 47 kes iaitu mewakili 5.07% dan kesalahan berkaitan penulisan lafaz cadad pula mencatatkan jumlah terkecil iaitu sebanyak 34 kesalahan atau mewakili 3.67% daripada jumlah kesalahan keseluruhan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language -- Syntax -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis kesilapan penggunaan 'adad dan ma'dud dalam kalangan pelajar sekolah agama daerah Temerloh-
dc.typetheses-
dc.format.pages146-
dc.identifier.callnoPJ6151.M846 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002359(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114609+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
896.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.