Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458117
Title: Penilaian kurikulum usuluddin sekolah menengah agama bantuan kerajaan di negeri Selangor
Authors: Abdul Fattah Pardon (P38839)
Supervisor: Mudasir Rosder, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islam -- Doctrines -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Feb-2012
Description: Disertasi ini merupakan kajian penilaian yang bertujuan untuk menilai Kurikulum Pendidikan Usuluddin Azhari di Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan, negeri Selangor. Kurikulum yang digunakan di SABK negeri Selangor tidak melalui kajian yang teliti untuk diadaptasi mengikut kesesuaian tempatan dan penambahbaikan. Tujuan dan objektif kajian dilakukan adalah untuk mengkaji Kurikulum Pendidikan Usuluddin yang digunapakai di SABK di seluruh negeri Selangor, mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran dan mengkaji pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Usuluddin. kajian menggunakan metode deskriptif kuantitatif dan diadaptasikan bersama dengan model penilaian Konteks-Input-Proses (CIP). Seramai 240 responden pelajar telah dipilih di 6 buah sekolah secara rawak berdasarkan kriteria sekolah iaitu kategori bandar, luar bandar, gred A dan B. Sampel kajian turut diambil dari kalangan guru seramai 30 responden. Dapatan kajian telah dianalisis dan diolah mengikut dimensi CIP dan mendapati masih terdapat banyak kelemahan dan keperluan kepada penambahbaikan bagi setiap dimensi tersebut. Bagi dimensi input, dapatan menunjukkan sikap pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Usuluddin Kurikulum Azhari hanya berada pada tahap sederhana, min= 3.12. Dimensi input pula dilihat mempunyai kelemahan yang ketara apabila Kurikulum Pendidikan Usuluddin Azhari ini tidak mempunyai mata pelajaran akhlak, persembahan buku teks yang digunakan tidak menarik, kandungan silibus yang tidak seimbang, perbahasan dan perbincangan isi pelajaran yang terlalui ringkas dan guru-guru tidak didedahkan dengan latihan pengajaran khusus bagi Kurikulum Azhari semasa mengikuti latihan perguruan. Dapatan dimensi proses pula menunjukkan, guru kurang mengadaptasi teknik pengajaran berkesan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dengan memperoleh nilai min sederhana iaitu =3.21, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan bahan bantu mengajar (BBM) yang terlalu terhad dengan nilai min rendah, =1.78, dan teknik pembelajaran murid turut berada pada paras sederhana iaitu min =3.11. Oleh yang demikian, kajian telah mencadangkan agar setiap dimensi ini diberi perhatian oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak Kerajaan Pusat agar mampu mewujudkan kurikulum yang sepadu. Di samping itu, usaha-usaha kepada pembangunan kurikulum yang berterusan hendaklah dilaksanakan dengan mewujudkan bahagian pembangunan Kurikulum Pendidikan Islam Azhari (diniyah) yang membolehkan kurikulum ini diselaraskan di seluruh Malaysia dan masalah-masalah seperti kursus bagi guru dapat dilaksanakan di peringkat pusat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 182
Call Number: BP165.5.A235 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114607+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
23.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.