Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458115
Title: | Implikasi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di sekolah menengah aliran arab di Negara Brunei Darussalam |
Authors: | Pg Amiruddin Pg Damit (P48191) |
Supervisor: | Sabri Mohammad, Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Recitation -- Study and teaching (Secondary) -- Brunei Darussalam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Jun-2012 |
Description: | Kajian ini berasaskan pada kelemahan penguasaan ilmu tajwid al-Qur'an oleh para pelajar di tiga buah sekolah menengah Brunei Darussalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti konsep pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dan persepsi serta pengalaman guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di Negara Brunei Darussalam. Kaedah pemerhatian telah digunakan sebagai rekabentuk kajian. Seramai 33 orang guru al-Qur'an dan tajwid serta 124 orang pelajar telah terlibat sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan guru al-Qur'an dan tajwid menyumbang terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Di samping itu, kajian mendapati keberkesanan itu juga berasaskan kurikulum yang tersusun dan kitab tajwid yang mudah difaham oleh pelajar. Akhir sekali, kajian ini menunjukkan bahawa kebijaksanaan guru al-Qur'an dan tajwid dalam aspek peruntukan masa pengajian yang mencukupi dan persediaan mengajar yang terancang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 158 |
Call Number: | BP131.6.P464 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114605+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 24.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.