Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458112
Title: | Pendekatan Hamka dan Quraish Shihab dalam pentafsiran ayat-ayat hukum |
Authors: | Mohd Zaini Ramli (P50548) |
Supervisor: | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. |
Keywords: | Islamic law -- Interpretation and construction Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Jul-2012 |
Description: | Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Mishbah merupakan dua buah kitab tafsir yang ditulis oleh dua orang ulama Indonesia yang terkenal dengan pendekatan pentafsiran yang berbeza. Ia menjadi rujukan masyarakat dalam pelbagai aspek agama termasuklah ayat hukum. Ini menunjukkan betapa dekatnya kitab ini dengan masyarakat. Sekalipun mereka hidup di zaman yang berbeza, namun pendekatan yang digunakan agak sama. Oleh itu kajian ini menjelaskan perdekatan metode tafsiran mereka berkaitan ayat-ayat hukum khususnya berkaitan hukum fiqh. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan yang menggunakan metode analisis komparatif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan besar antara metode Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA) dan Quraish Shihab dalam menghuraikan ayat-ayat hukum. Malahan didapati kedua-dua tokoh menggunakan pendekatan yang hampir sama iaitu memilih pandangan ulama yang dianggap benar dan terkuat sebagai pilihan, walaupun pandangan yang terkuat itu bukan dari pandangan mazhabnya. Ada pun perbezaan diantara mereka pula didapati HAMKA lebih banyak menggunakan pengalaman hidup sebagai contoh pengukuhan dalam tafsirannya. Manakala Quraish Shihab pula sentiasa menggunakan kemahiran bahasa Arab untuk menjelaskan sesuatu makna kalimah. Kajian juga mendapati kedua-dua kitab ini banyak membincangkan ayat-ayat hukum bagi isu-isu terpilih khusus ibadat dan munakahat. Tidak semua ayat-ayat hukum fiqh diperbincangkan oleh kedua-dua tokoh dalam kitab tafsir mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 102 |
Call Number: | BP130.2.M849 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114603+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.