Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458110
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Nazir Alias
dc.contributor.authorRedwan Yasin (P50611)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:20Z-
dc.date.issued2012-02-02
dc.identifier.otherukmvital:114601
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458110-
dc.descriptionBerpoligami bagi masyarakat muslim di Malaysia bukanlah suatu amalan yang boleh dilakukan secara bebas tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Mahkamah Syariah. Setiap alasan berpoligami yang dikemukakan akan dinilai serta diadili oleh pihak mahkamah yang berkuasa penuh di dalam menentukan kelulusan setiap kes tuntutan kebenaran poligami. Maka kajian ini pada permulaannya akan membincangkan tentang konsep alasan penghakiman yang wajib disediakan oleh setiap hakim bagi menjelaskan sebab bagi sesuatu penghakiman. Seterusnya, kajian ini dilanjutkan dengan membincangkan secara khusus tentang peruntukan undang-undang syariah berkaitan tuntutan kebenaran poligami yang wujud di dalam Enakmen-enakmen Syariah Negeri Melaka. Kajian ini juga akan membincangkan tentang alasan-alasan penghakiman bagi kes-kes tuntutan kebenaran poligami yang pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka dari tahun 2008 hingga 2010. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti jenis-jenis alasan penghakiman yang diamalkan oleh pihak mahkamah serta mengkaji pandangan hukum syarak terhadap kaedah penilaian pihak mahkamah terhadap alasan-alasan berpoligami yang dikemukakan. Secara umumnya, kajian ini berasaskan kepada dua metodologi yang utama iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan, ia dimulakan dengan mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan poligami dan dilakukan penilaian yang terperinci terhadapnya. Kajian lapangan pula dilakukan dengan cara mengambil data daripada Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk diteliti, di samping mengadakan temubual dengan beberapa individu tertentu. Pada keseluruhan kajian ini, didapati bahawa penghakiman yang dilakukan oleh pihak mahkamah adalah lebih berdasarkan kepada penilaian mahkamah tahap kemampuan suami dari sudut material dan keyakinan terhadap kebolehan suami untuk berlaku adil. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat alasan-alasan lain yang diterima oleh hukum syarak bagi mengharuskan poligami selain daripada lebih tertumpu kepada kedua-dua alasan tersebut. Akhir sekali, kajian ini diharap menjadi satu sumbangan idea kepada kepada orang awam berhubung dengan realiti poligami pada zaman kini serta menangkis sebarang anasir jahat yang cuba memburukkan pensyariatan Ilahi yang suci ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPolygamy (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectPolygamy -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectMarriage (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAlasan penghakiman tuntutan kebenaran poligami di negeri Melaka menurut perspektif syariah
dc.typetheses
dc.format.pages109
dc.identifier.callnoBP158.P64R434 2012 tesis
dc.identifier.barcode002351(2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114601+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
15.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.