Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458108
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Husin Mohd. Nor. Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Arfah Jaafar (P43759)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:19Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:19Z-
dc.date.issued2012-09-05
dc.identifier.otherukmvital:114594
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458108-
dc.descriptionPenguatkuasaan kesalahan berkaitan ajaran sesat adalah usaha untuk membendung permasalahan aqidah dikalangan masyarakat Melayu Islam daripada terus meningkat. Kajian ini dilakukan untuk menjelaskan peranan Bahagian Penguatkuasaan dalam menangani isu ajaran sesat di Negeri Selangor. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama di Negeri Selangor, seterusnya mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS dalam menguatkuasakan peruntukan kesalahan tersebut. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Bahagian penyelidikan JAKIM, terdapat sebanyak 98 ajaran dikenalpasti menyeleweng daripada ajaran Islam di seluruh Malaysia dan telah dibuktikan sesat di mana 15 daripadanya masih bergerak aktif di kawasan sekitar Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur manakala selebihnya didapati telah lumpuh.Antara permasalahan dalam pengendalian kes-kes jenayah aqidah iaitu banyak kes yang dilaporkan tetapi sukar untuk didakwa di mahkamah kerana kebanyakannya adalah sukar untuk dibuktikan. Ini antara lain amat berkait rapat dengan isu penguatkuasaan. Untuk mencapai tujuan ini, metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan kajian lapangan telah dilakukan. Data-data, fakta dan maklumat berkaitan kajian dokumen adalah berdasarkan sumber-sumber primer dan sekunder. Kajian lapangan pula dilakukan melalui kaedah temubual, pemerhatian dan kajiselidik. Sebanyak 60 set borang soalselidik telah diedarkan kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasan JAIS untuk mengenalpasti permasalahan yang dihadapi bahagian ini. Hasil kajian mendapati, tiada tafsiran ajaran sesat dalam peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa manakala perlaksanaan enakmen yang sedia ada pula didapati kurang berkesan untuk membanteras gejala ini kerana kelemahan dari segi teknikal dan pengendalian kes oleh pegawai yang kurang mahir. Antara lain, tafsiran undang-undang yang terlalu umum menyebabkan kekeliruan maksud yang dikehendaki juga merupakan faktor yang menyebabkan pelaku terlepas dari hukuman.Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan perlu dilakukan antaranya memperluaskan skop pentafsiran dalam sistem perundangan Islam berkaitan ajaran sesat sebagaimana tafsiran yang diberikan menurut Islam yang merangkumi semua kesalahan aqidah tanpa perlu kepada pewartaan fatwa dan memantapkan pengetahuan pegawai dalam bidang penguatkuasaan melalui latihan seawal perlantikan sebagai pegawai penguatkuasa. Jawatan sebagai pegawai penguatkuasa juga perlu dikekalkan dalam tempoh yang panjang untuk meningkatkan kemampuan dan kematangan dalam melaksanakan penguatkuasaan kes berkaitan ajaran sesat dari terus berleluasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic heresies -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenguatkuasaan kes ajaran sesat di negeri Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages170
dc.identifier.callnoBP167.5.S59 2012 tesis
dc.identifier.barcode002344(2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114594+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.