Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458107
Title: Undang-undang wasiat kepada ahli waris di Malaysia: kajian menurut perspektif hukum syarak
Authors: Haslah Mohd Hanif (P42650)
Supervisor: Mohd Ridzuan Awang, Prof. Madya.
Keywords: Wills (Islamic law) -- Malaysia
Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2012
Description: Islam menetapkan wasiat sebagai salah satu mekanisme perancangan harta yang mampu memenuhi keperluan manusia berhubung pengurusan harta mereka. Kajian ini membincangkan perkara-perkara yang berhubung undang-undang dan pelaksanaan wasiat kepada ahli waris di Malaysia serta kajian menurut perspektif hukum syarak. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui pendapat fuqaha' terhadap hukum pelaksanaan wasiat kepada ahli waris dan mengenal pasti kedudukan hukum wasiat kepada ahli waris yang diamalkan di Malaysia serta pendapat ulama' yang digunapakai dalam penguatkuasaan undang-undang wasiat kepada ahli waris tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan mengenai permasalahan kajian, konsep wasiat menurut Islam, hukum wasiat kepada ahli waris menurut beberapa pandangan fuqaha' dan pemakaian undang-undang wasiat di Malaysia melalui Enakmen Wasiat Orang Islam di Negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kajian perpustakaan dan melalui kaedah perbandingan. Penemuan dari hasil penulisan ini di bahagian akhir mendapati bahawa beberapa buah negeri di Malaysia melaksanakan wasiat kepada ahli waris berdasarkan pendapat yang bertentangan dengan jumhur fuqaha'. Seterusnya saranan dan cadangan diusulkan bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam beberapa enakmen wasiat negeri-negeri di Malaysia terutama yang berhubung wasiat kepada ahli waris agar ianya selari dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah serta menepati pendapat yang dipersetujui oleh jumhur fuqaha' demi menangani segala permasalahan berkenaan wasiat orang Islam di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 107
Call Number: BP158.W45H347 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114593+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
902.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.