Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458104
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEzad Azraai Jamsari
dc.contributor.authorNoranizah Yusuf (P52110)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:18Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:18Z-
dc.date.issued2012-05-22
dc.identifier.otherukmvital:114590
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458104-
dc.descriptionKajian ini membincangkan sejarah sektor perdagangan di Andalus era pemerintahan Kerajaan Umawiyyah tahun 138-422H/756-1031M. Sektor perdagangan merupakan antara sumber utama pendapatan ekonomi bagi Kerajaan Umawiyyah di Andalus. Faktor peranan pemerintah, masyarakat dan lokasi Andalus yang strategik merupakan faktor penyumbang kepada kepesatan sektor perdagangan Andalus. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti bentuk pencapaian ekonomi di Andalus, di samping mencerakinkan sejarah perkembangan dan pencapaian sektor perdagangan di Andalus era Kerajaan Umawi. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis mod perhubungan dan laluan-laluan perdagangan yang digunakan oleh para pedagang dalam tempoh masa tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini mengaplikasikan metode kualitatif melalui pendekatan kajian sejarah dengan menggunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder bagi mengumpulkan maklumat tentang sejarah sektor perdagangan di Andalus era pemerintahan Umawi. Dapatan kajian menunjukkan Andalus pada zaman pemerintahan Kerajaan Umawiyyah telah mencapai kemakmuran dalam sektor perdagangan. Perdagangan Andalus tidak bersifat domestik sahaja, bahkan telah diperluaskan ke peringkat antarabangsa melalui kemudahan pasar-pasar perniagaan dan pelabuhan-pelabuhan yang disediakan oleh para pemerintah Kerajaan Umawiyyah di Andalus. Hasil kajian juga mendapati kemakmuran sektor perdagangan ini didorong oleh kemakmuran dalam sektor pertanian dan perindustrian di Andalus. Kemampuan Andalus untuk membekalkan bahan mentah yang melimpah ruah, di samping pertumbuhan industri yang pesat melonjakkan ekonomi Andalus ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, polisi dan pentadbiran Kerajaan Umawiyyah yang sistematik dan kemampuan kuasa beli penduduk Andalus yang tinggi telah meluaskan lagi kegiatan perdagangan di Andalus.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectUmayyad dynasty -- Commerce -- History
dc.subjectAndalusia (Spain) -- Commerce -- History
dc.subjectIslamic Empire -- History
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleSejarah perkembangan sektor perdagangan di Andalus era Umawi 138-422H/756-1031M
dc.typetheses
dc.format.pages242
dc.identifier.callnoDP107.N646 2012 tesis
dc.identifier.barcode002340(2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114590+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.