Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458103
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kaseh Abu Bakar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muazah Abu Samah @ Hashim (P54469) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:17Z | - |
dc.date.issued | 2012-07-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:114589 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458103 | - |
dc.description | Salah satu kaedah penting bagi membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar belajar bahasa Arab ialah dengan menggabungkan pengajaran aspek budaya Arab dalam kelas bahasa tersebut. Ini kerana bahasa adalah sebahagian daripada budaya dan tidak boleh dipisahkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap minat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) untuk mengenali budaya Arab dan perbezaan tahap minat berdasarkan jantina. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara tahap minat untuk mengenali budaya Arab dengan pencapaian dan tahap minat belajar bahasa Arab. Kajian tinjauan ini menggunakan 62 item soal selidik yang mewakili enam sub konstruk budaya Arab iaitu, sejarah dan negara, budaya dan cara hidup, makanan dan pakaian, bahasa dan komunikasi, agama dan pendidikan serta hiburan dan sukan. 361 orang responden dipilih daripada empat buah SMKA seluruh Semenanjung Malaysia berdasarkan kaedah persampelan berkelompok. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha cronbach yang diperoleh bagi semua item soal selidik adalah tinggi (?α=0.89). Data kemudian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan teknik kekerapan, min, sisihan piawai, peratus, ujian t, korelasi Pearson dan korelasi Spearman Rho. Dapatan menunjukkan, pelajar sangat berminat untuk mengenali semua sub konstruk budaya Arab (min=4.88, SP=0.76) dan sub konstruk budaya yang paling diminati ialah agama dan pendidikan (min=5.27, SP=0.64). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat untuk mengenali budaya Arab antara jantina serta tidak terdapat hubungan antara minat untuk mengenali budaya Arab dengan pencapaian. Sementara itu, hubungan antara tahap minat mengenali budaya Arab dengan tahap minat mempelajari Bahasa Arab pula adalah pada tahap lemah. Dapatan kajian ini boleh membantu pereka kurikulum, penulis buku teks dan para guru untuk mengenal pasti aspek budaya Arab yang paling sesuai diintegrasikan ke dalam pengalaman pembelajaran pelajar, sama ada menerusi kurikulum mahupun kokurikulum.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Arabs -- Social life and customs -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Tahap minat pelajar sekolah menengah kebangsaan agama untuk mengenali budaya arab | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 102 | - |
dc.identifier.callno | DS215.M834 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002339(2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114589+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 708.83 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.