Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458101
Title: Takhrij hadis dalam kitab Tanqih al-Qawl karya Shaykh Nawawi Al-Bantani
Authors: Muhammad Masruri (P56912)
Keywords: Hadith -- Authorities
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jul-2012
Description: Kitab Tanqih al-Qawl karya Shaykh Nawawi al-Bantani dikategorikan sebagai kitab fadail al-'acmal yang memaparkan pelbagai kategori hadis. Kitab ini wajar dikaji keabsahannya, kerana menjadi tatapan umum termasuk beberapa ma'ahad di Indonesia. Matlamat kajian ini adalah untuk mengetahui kekuatan setiap hadis yang terdapat didalam kitab Tanqih al-Qawl; menjelaskan hadis-hadis yang boleh dijadikan hujjah dan sebaliknya; mengenal pasti sumber-sumber hadis; dan menentukan kedudukan nas hadis sama ada sahih, hasan, dacif ataupun mawduc. Kajian takhrij dan hukum hadis merupakan pokok kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah metodologi kepustakaan dengan menggunakan analisis dan kritik berdasarkan manhaj ulama hadis, sama ada dari segi sanad ataupun matan. Daripada 50 hadis yang dianalisis, didapati 9 hadis sahih, 2 hadis sahih li ghayrihi, 2 hadis hasan, 7 hadis hasan li ghayrihi, 14 hadis dacif, 5 hadis amat dacif, 9 hadis yang tidak dapat dikesan sumbernya dan dua hadis maknanya bersesuaian dengan hadis dacif dan al-Qur'an. Kesimpulannya bahawa hadis sahih dan hasan sebanyak 21 hadis diterima dan boleh dijadikan hujjah. Dua hadis maknanya sahih dan boleh diamalkan.Terdapat 14 Hadis dacif tidak boleh dijadikan hujjah dalam membina hukum hakam, tetapi boleh dijadikan penguat atau sandaran untuk fada'il al-'acmal apabila telah memenuhi syarat yang telah disebutkan oleh para ulama. Terdapat 5 hadis amat dacif dan tidak boleh dijadikan hujjah. 9 hadis yang tidak ditemui sumbernya, tidak boleh dijadikan hujjah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 187
Call Number: BP136.4.M846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458101
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114588+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.