Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458095
Title: Tahkik dan analisis kitab Majmu' al-Asrar
Authors: Norliana Hussin (P35779)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sufism -- Editing
Arabic alphabet -- Transliteration
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jul-2012
Description: Kedatangan Islam telah membawa kepada perkembangan serta penulisan karya-karya yang berunsurkan keIslaman di Nusantara. Pelbagai bukti sejarah telah ditemui mengenainya. Antara bukti yang penting adalah penemuan manuskrip-manuskrip yang dikarang oleh ulama'-ulama' yang tersohor sejak abad ke 11. Kajian ini meneliti sebuah kitab Jawi bertajuk Majmuc al-asrar. Ia merupakan sebuah kitab Jawi yang ditulis oleh seorang ulama' tasawuf abad ke 18 iaitu Syeikh Muhammad Nafis al- Banjari yang berasal daripada Kalimantan Selatan. Kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu; pertama, untuk memperkenalkan seorang tokoh sufi Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari; kedua, menulis edisi suntingan terhadap kitab Majmuc al-asrar; dan ketiga, membincangkan beberapa tema penting yang terdapat di dalam kitab Majmuc al-asrar. Kajian ini adalah bersifat kualitatif yang berasaskan analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Kaedah ini dilakukan dengan mengumpul dan mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan Muhammad Nafis dan karyanya Majmuc al-asrar sama ada melalui bahan-bahan bercetak seperti buku-buku ilmiah, tesis, jurnal, kertas kerja, majalah dan melalui media elektronik seperti laman web. Manuskrip Majmuc al-asrar dibuat suntingan dan transliterasi menggunakan kaedah diplomatik. Seterusnya, apabila data-data berkaitan diperolehi, proses analisis dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti persejarahan, perbandingan, induktif dan deduktif. Hasil kajian ini mendapati bahawa kitab Majmuc al-asrar merupakan sebuah kitab Jawi yang tergolong dalam kumpulan kitab tasawuf Nusantara yang membincangkan tentang hal ehwal ilmu tasawuf yang rumit seperti macrifah, dhikr, Nur Muhammad, roh dan fana'. Di samping itu, kajian ini juga mendapati bahawa kitab ini mendedahkan kecenderungan pemikiran dan kedalaman ilmu Muhammad Nafis yang mempunyai persamaan dengan para ulama Melayu Nusantara yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Ringkasnya kajian terhadap kitab Majmuc al-asrar ini telah berjaya mendedahkan kecenderungan tasawuf Muhammad Nafis yang boleh digolongkan sebagai tasawuf falsafi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 204
Call Number: BP188.9.N647 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114518+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
13.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.