Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458087
Title: Penetapan kadar mas kahwin di Johor dan Pahang
Authors: Muhammad Najib Abd Wakil (P83792)
Supervisor: Che Maryam Ahmad
Keywords: Dowry (Islamic law) -- Johor
Dowry (Islamic law) -- Pahang
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2018
Description: Menurut Islam, mas kahwin hendaklah dari sesuatu yang bernilai dan berharga bagi memenuhi hikmah pensyariatannya. Bagi memenuhi tujuan itu, kesemua negeri di Malaysia telah menaikkan kadar mas kahwin untuk disesuaikan dengan taraf ekonomi dan nilai mata wang semasa. Namun begitu, bagi negeri Johor dan Pahang, mereka masih mengekalkan kadar mas kahwin yang lama iaitu sebanyak RM22.50 walaupun terdapat desakan daripada pihak masyarakat dan golongan berautoriti tempatan dalam menaikkan dan meminda kadar mas kahwin sedia ada tersebut. Objektif pertama kajian ini adalah mengkaji dari sudut sejarah dan perkembangan amalan penetapan kadar mas kahwin di negeri Johor dan Pahang. Kedua, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti amalan sebenar di Johor dan Pahang berkenaan hal-hal berkaitan kadar mas kahwin. Objektif ketiga pula adalah untuk mencadangkan penilaian semula kadar mas kahwin di Johor dan Pahang. Kajian telah dijalankan di Pejabat Kadi Daerah Muar, Johor dan Jabatan Agama Islam Pahang, Daerah Pekan bagi mendapatkan gambaran sebenar amalan mas kahwin di kedua-dua negeri tersebut. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis dokumen telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data utama bagi kajian ini di samping pengaplikasian kaedah temu bual sebagai kaedah sokongan pengumpulan data. Kaedah penganalisisan data yang digunakan pula adalah deduktif, deskriptif dan komparatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kadar RM22.50 telah dijadikan nilai sandaran mas kahwin di Johor dan Pahang sejak hampir satu abad yang lalu dan tidak pernah berubah sehingga hari ini. Kadar tersebut adalah bersamaan nilai satu kati perak atau seekor lembu pada waktu tersebut. Kadar RM22.50 kini merupakan nilai tetap bagi mas kahwin di negeri Pahang dan merupakan nilai minimum mas kahwin di negeri Johor. Pemberian mas kahwin sebanyak RM22.50 pada hari ini dilihat terlalu rendah dan tidak mencapai tujuan pensyariatan mas kahwin yang digariskan oleh Islam. Kajian ini dilihat penting bagi menilai cadangan menyemak semula kadar mas kahwin sedia ada bagi negeri Johor dan Pahang mengikut perkembangan semasa. Kajian ini mencadangkan agar kadar mas kahwin yang diamalkan di negeri Johor dan Pahang dipinda agar selari dengan perkembangan ekonomi dan nilai mata wang semasa.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 201
Call Number: BP158.D693M59 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114458+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.