Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458082
Title: Falsafah dan tasawuf dalam pemikiran Ibn Arabi
Authors: Abd. Rahman Tajudin (P58314)
Supervisor: Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sufism -- Biography
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Oct-2018
Description: Kajian ini adalah berkenaan dengan pemikiran Ibn Arabi. Permasalahan kajian ini adalah disebabkan Ibn Arabi dikategorikan sebagai seorang tasawuf falsafi yang sesat kerana tasawufnya terpengaruh dengan falsafah luar daripada Islam dan bukan berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunah. Maka objektif kajian ini adalah cuba mengenalpasti bidang falsafah yang dibincangkan oleh Ibn Arabi dari aspek ontologi, epistemologi, metodologi dan aksiologi yang dikatakan sesat itu. Kajian ini juga cuba mengenalpasti bidang tasawuf yang disentuhnya dari aspek shariah, tariqah, haqiqah dan marifah untuk menampakkan ketulenan tasawufnya. Maka skop kajian ini berkenaan dengan dua bidang iaitu ilmu falsafah dan ilmu tasawuf yang disentuh oleh Ibn Arabi. Kemudian kedua-dua bidang tersebut dikaji perkaitannya dengan dalil al-Qur'an dan al-Sunah. Oleh yang demikian, penyelidikan ini merupakan sebuah kajian analisa kandungan secara deskriptif mengenai pemikiran Ibn Arabi dalam sintesis falsafah dan tasawuf. Metodologi kajian adalah dengan cara mengumpulan data dan menganalisa data. Hasil kajian ini mendapati bahawa Ibn Arabi merupakan seorang ahli tasawuf Islam yang tulen, namun memberi komitmen terhadap bidang falsafah kerana mempunyai kepentingan dan tunjangnya daripada dua sumber Islam yang autentik iaitu al-Qur'an dan al-Sunah. Oleh itu, penyelidikan kualitatif ini adalah kajian kepustakaan ke atas dua karya magnum opusnya Futuhat al-Makkiyyah dan Fusus al-Hikam untuk meneliti kedua-dua aspek falsafah dan tasawuf. Kajian ini mempunyai sumbangan ilmiah kepada masyarakat Islam agar tidak menjauhi pemikiran unggul Ibn Arabi, disebabkan beliau cuba mengharmonikan kedua-dua bidang yang sangat penting iaitu falsafah dan tasawuf. Tafsiran baru ditemui kerana wujud nilai saintifik yang bersifat falsafah di setiap perbicaraannya dalam tasawuf beliau. Implikasi kajian ini akan memberi konotasi baru bahawa Ibn Arabi sebenarnya ahli tasawuf-sunni tulen, namun telah mengungkapkan ilmu tasawuf melalui ilmu falsafah dalam menerangkan suatu hakikat. Lantas ia membuka lembaran baru untuk kajian lanjutan dalam pemikiran Ibn Arabi.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 243
Call Number: B753.I24.A73 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114196+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.