Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458081
Title: Persepsi dan kefahaman terhadap bid'ah dalam kalangan masyarakat Islam di negara Brunei Darussalam
Authors: Aimi Amalina Haji Abdullah (P77127)
Supervisor: Ahmad Munawar Ismail, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Taqlid -- Brunei
Heresies and heretics
Islamic
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Oct-2018
Description: Perbahasan tentang bid'ah telah lama berlaku dalam kalangan ulama Islam, malah banyak dari mereka yang berselisih pendapat dalam memberikan pandangan mengenainya. Dengan adanya perbezaan pandangan dalam kalangan ulama Islam yang tersebar luas ke serata dunia menyulitkan masyarakat Islam dari kalangan awam untuk membenarkan dan mengamalkan pandangan-pandangan tersebut oleh sebab banyaknya pendapat yang berbeza-beza. Justeru itu memahami bid'ah adalah sesuatu yang penting menurut penulis kerana bid'ah merupakan topik yang sangat sensitif dan ia juga sering disebut-sebut oleh syarak. Adapun kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman bid'ah masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam dan persepsi mereka terhadap amalan bid'ah. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah kuantitatif, dan instrumen soal selidik digunakan terhadap 400 orang responden dari kalangan masyarakat Islam. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 24.0 dalam bentuk kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Di samping itu data yang diperoleh daripada temu bual separa berstruktur juga turut digunakan bagi menyokong dapatan soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa min tahap kefahaman bid'ah masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.92), min persepsi masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam mengenai bid'ah juga berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.98). Secara keseluruhan kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan maklumat kepada masyarakat Islam tentang konsep dan hukum bid'ah serta pembahagian bid'ah yang digunapakai di Negara Brunei Darussalam, malah juga memperkenalkan bid'ah kepada sebahagian mereka yang tidak pernah mendengar tentang bid'ah. Dari situ dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam mengenai bid'ah dan mendorong mereka untuk mempelajari dan memahami bid'ah dengan baik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 181
Call Number: BP165.7.A43 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114194+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
802.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.