Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458078
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarid Mat Zain, Dr.
dc.contributor.authorSiti Rohani Misropi (P72376)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:10Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:10Z-
dc.date.issued2017-01-23
dc.identifier.otherukmvital:113709
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458078-
dc.descriptionSirah dan tamadun Islam merupakan salah satu komponen penting dalam mata pelajaran pendidikan Islam KBSM namun kajian pendidikan Islam sebelum ini banyak menjurus kepada komponen lain termasuk kajian berkenaan kesediaan, amalan dan strategi pengajaran. Kajian khusus komponen STI kurang diberi perhatian. Walau bagaimanapun, kajian khusus komponen STI yang pernah dijalankan pula memfokuskan kepada penguasaan fakta dan permasalahan pengajaran STI. Kajian yang mengkaji isu tersebut tidak melihat terlebih dahulu tahap kesediaan, amalan dan strategi pengajaran GPI dalam komponen STI. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengamati tahap kesediaan guru pendidikan Islam terhadap komponen sirah dan tamadun Islam, meneliti amalan guru pendidikan Islam terhadap komponen sirah dan tamadun Islam dan menganalisis strategi pengajaran guru pendidikan Islam terhadap komponen sirah dan tamadun islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Prosedur persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah prosedur persampelan kebarangkalian dan jenis prosedur yang digunakan untuk membentuk sampel kajian ialah prosedur persampelan kelompok iaitu melibatkan 98 orang guru pendidikan Islam dari daerah Klang sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik versi 22.0 dan dapatan dipersembahkan secara deskriptif iaitu frekuensi (kekerapan), peratusan, purata (min) dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati guru pendidikan Islam mempunyai tahap kesediaan yang tinggi dari aspek personaliti. Kajian juga mendapati guru pendidikan Islam melaksanakan amalan pengajaran sirah dan tamadun Islam sejajar dengan amalan pengajaran pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan kaedah pengajaran menjadi fokus utama guru pendidikan Islam dalam melaksanakan strategi pengajaran STI yang berkesan. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan kesediaan, amalan dan strategi pengajaran GPI terhadap komponen STI berada pada tahap persetujuan yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada GPI khususnya untuk membina indikator pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam komponen sirah dan tamadun Islam di peringkat sekolah menengah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic religious education -- Study and teaching (Secondary) -- Melayu
dc.subjectIslamic education -- Study and teaching -- Malaysia
dc.subjectCivilization
dc.subjectIslamic -- Study and teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap kesediaan, amalan dan strategi pengajaran guru Pendidikan Islam terhadap komponen sirah dan tamadun Islam
dc.typetheses
dc.format.pages126
dc.identifier.callnoLC910.M3S56 2017 tesis
dc.identifier.barcode004324(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113709+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
479.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.