Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458077
Title: | Pendekatan personaliti pendakwah terhadap golongan mualaf di pusat dakwah Islamiah Paroi Seremban |
Authors: | Zulaikha Farhana Zainal Abidin (P77237) |
Supervisor: | Nur A'thiroh Masyaa'il Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) -- Negeri Sembilan Islam -- Missions -- Negeri Sembilan Muslim converts -- Negeri Sembilan Muslim converts -- Connduct of life Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Aug-2016 |
Description: | Personaliti melambangkan keperibadian setiap manusia. Bagi seorang pendakwah ia perlu dititikberatkan dalam menjaga setiap tindak tanduk perlakuan di hadapan masyarakat umum, kerana pendakwah adalah sebagai role model kepada khalayak terutama golongan mualaf. Namun, pada zaman globalisasi ini terdapat segelintir pendakwah yang kurang menonjolkan personaliti yang memberangsangkan dalam melaksanakan tugas dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk personaliti yang ditonjolkan pendakwah dalam membimbing mualaf, mengkaji gaya personaliti yang dilaksanakan dalam berdakwah kepada mualaf dan menganalisis ciri-ciri personaliti pendakwah terhadap mualaf di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Seremban. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian dikumpul melalui analisis kandungan dan temu bual secara berstruktur. Data dianalisis secara manual melalui proses transkripsi dengan cara mendengar kembali, menulis verbatim dan seterusnya mengkategorikan pernyataan-pernyataan informan. Seramai 5 orang pendakwah telah dipilih sebagai informan kajian melalui pensampelan bertujuan (purposive sampling). Hasil kajian menunjukkan bahawa bentuk personaliti al-mukminun telah diaplikasikan melalui pelbagai pendekatan yang dilaksanakan dengan dipersetujui oleh semua informan. Kajian juga mendapati gaya personaliti yang ditonjolkan informan antaranya berani, berhikmah, bermujadalah, amar makruf nahi mungkar, mauizah hasanah dan tegas sekali gus dapat menarik perhatian mualaf terhadap dakwah walau pun tidak semua menerimanya. Hasil kajian turut mendapati sebanyak enam ciri-ciri personaliti bagi seorang pendakwah yang mendapat persetujuan dalam kalangan informan iaitu berakhlak, berilmu, bersangka baik, amanah, fatonah dan siddiq. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat serta menyumbang kepada usaha-usaha pembentukan sahsiah cemerlang dengan memberi contoh yang terbaik kepada golongan mualaf.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 138 |
Call Number: | BP170.85.Z83 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458077 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 981.39 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.