Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458075
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri Mohamad, Dr.
dc.contributor.authorAhmad Shahir Masdan (P58407)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:09Z-
dc.date.issued2016-07-15
dc.identifier.otherukmvital:113705
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458075-
dc.descriptionAl-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibril a.s. Penurunannya meliputi ragam-ragam pembacaan tertentu yang dikenali dengan sabah ahruf ataupun tujuh huruf. Walau bagaimana pun, setiap kategori sabah ahruf masih belum diperbincangkan dengan lebih terperinci terutama dari sudut implikasi pentafsirannya. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada satu kategori gaya pembacaan yang dikenali dengan ibdal huruf ataupun pertukaran huruf. Objektif kajian ini ialah untuk menerangkan tentang ibdal huruf secara terperinci, mengenalpasti kaitan antara ibdal huruf dengan pentafsiran al-Quran dan menganalisis ayat-ayat al-Quran yang terdapat khilaf ibdal huruf bermula dari Surah al-Baqarah sehingga Surah al-Nisa' dan mengkaji implikasi di sebalik pentafsirannya. Metodologi kajian ini adalah bersifat kualitatif dalam bentuk analisis kandungan dengan bersumberkan buku dan hasil tulisan ilmiah yang berkaitan. Setiap data dianalisis dengan berpandukan khilaf-khilaf dalam Qira'at sepuluh dan kemudian implikasinya dikaji berpandukan pentafsiran para mufassirin yang muktabar. Hasil kajian daripada analisis Ibdal Huruf dapat dilihat walaupun terdapat perbezaan pentafsiran di dalam sesuatu khilaf, ia tidak mengubah fakta sebenar dalam pentafsiran al-Quran bahkan memperkuatkan lagi pemahaman dalam sesuatu ayat. Gaya para mufassirin dalam mentafsirkan khilaf-khilaf Qira'at juga berbeza di mana terdapat kelompok yang mentafsirkan kesemua khilaf yang berpegang dengan satu khilaf sahaja. Selain itu, setiap perubahan yang berlaku bukan sahaja berkait dengan tafsir, tetapi memberikan implikasi dari sudut ilmu-ilmu lain seperti ilmu Nahw, Sarf, Balaghah, Sains dan lain-lain. Implikasi kajian ini menunjukkan kajian-kajian sebegini wajar diteruskan dan diperkembangkan lagi supaya dapat memberikan kefahaman kepada umat Islam tentang khilaf ibdal huruf yang berlaku di dalam ilmu Qira'at. Semoga kajian ini dapat menarik minat masyarakat Islam untuk mengkaji ilmu Qira'at dan kaitannya dengan ilmu-ilmu yang lain.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectQur'an -- Surah al-Baqarah -- Commentaries
dc.subjectQur'an -- Surah al-Nisa -- Commentaries
dc.subjectQur'an -- Readings
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleIbdal huruf dalam qira'at dan implikasinya terhadap pentafsiran al-Quran: kajian dari Surah al-Baqarah hingga Surah al-Nisa'
dc.typetheses
dc.format.pages151
dc.identifier.callnoBP131.5.A36 2016 tesis
dc.identifier.barcode004320(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113705+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.