Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458073
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Yunus Mohd Noor, Dr. | - |
dc.contributor.author | Qutrennada Rosli (P73389) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:09Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:09Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:113703 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458073 | - |
dc.description | Pengajaran dan pembelajaran (P&P) hadith telah berlangsung sejak zaman Rasulullah SAW dengan pelbagai kaedah. Isu pengajaran dan pembelajaran Islam (hadith) merupakan isu yang sering dikaji oleh penyelidik bagi mempertingkatkan taraf dan kualiti P&P itu sendiri. Hal ini kerana terdapat kenyataan bahawa guru agama (hadith) tidak kreatif dalam pengajaran, kurang kemahiran pedagogi dan tidak mengaplikasikan kaedah inovasi terkini dalam proses P&P. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan dan sumbangan Darul 'Ulum Ihya Ulumuddin Alor Setar, Kedah, mengenal pasti metodologi pengajaran hadith yang diimplementasikan oleh guru hadith dalam proses P&P dan mengkaji persepsi pelajar terhadap pelaksanaan metodologi pengajaran guru hadith. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan (survey) di lapangan untuk melihat fenomena yang berlaku dalam proses P&P hadith. Jenis tinjauan yang digunakan ialah tinjauan semasa atau rentas silang (cross-sectional). Sampel kajian adalah terdiri daripada 5 orang guru hadith dan 60 orang pelajar Thanawi dan Aliyyah Darul 'Ulum Ihya Ulumuddin Alor Setar, Kedah yang dipilih secara bertujuan (purposive) dengan ciri-ciri responden yang telah dikenal pasti berdasarkan objektif kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 24.0 dengan kaedah deskriptif untuk mengetahui nilai frekuensi, min dan sisihan piawai hasil kajian. Hasil kajian mendapati kaedah syarahan bukanlah kaedah utama dalam pengajaran hadith ini kerana guru mengaplikasikan kaedah pengajaran yang pelbagai sesuai dengan kepelbagaian tahap pemikiran dan latar belakang pelajar. Malah, persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran guru di tahap yang sangat tinggi menunjukkan pelajar mempamerkan minat dan persepsi yang positif terhadap profesionalisme guru. Selain itu, nilai min penyetujuan guru (min=4.50) dan pelajar (min=4.23) terhadap sukatan pelajaran hadith juga di tahap yang sangat tinggi. Namun, kekerapan penggunaan alat bantu mengajar mencatatkan nilai min sederhana yang menunjukkan penggunaan tersebut memerlukan kepada inovasi dan pembaharuan yang seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Keseluruhan dapatan menunjukkan metodologi P&P hadith adalah berkesan berdasarkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir tahun sangat memuaskan mencatatkan nilai min yang sangat tinggi. Meskipun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan supaya proses P&P hadith dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kajian ini memberi implikasi kepada guru dan pelajar khususnya untuk mempertingkatkan kualiti dan mutu pengajian hadith.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hadith -- Study and teaching | - |
dc.subject | Hadith -- Hermeneutics | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Metodologi pengajaran dan pembelajaran hadith di Darul Ulum Iḥya’ Ulumuddin Alor Setar, Kedah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 145 | - |
dc.identifier.callno | BP136.33.Q83 2016 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004318(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113703+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.