Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458066
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nurul Ilyana Muhd Adnan, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Fatimah Kasmuri (P88591) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:07Z | - |
dc.date.issued | 2019-07-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113560 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458066 | - |
dc.description | Penguasaan pelajar terhadap istilah-istilah berkaitan fiqh dan usul fiqh tidak hanya tertumpu kepada kemampuan menghafal istilah, teori dan konsep yang dipelajari. Bahkan penggunaan akal dengan berfikir secara kritis adalah penting agar konsep sesuatu ilmu, kemahiran dan nilai dapat difahami dengan baik. Kefahaman ilmu mempunyai kaitan dengan persepsi dan pengetahuan sedia ada pelajar yang akan menentukan apa yang bakal dipelajari, diingati dan dilupakan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)untuk membangunkan keupayaan berfikir pelajar agar menguasai kemahiran berfikir merentas pelbagai disiplin ilmu. Namun, wujud pelbagai isu kelemahan pelaksanaan KBAT dalam proses PDP pelajar sehingga mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap pelaksanaan KBAT. Melihat keperluan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar aliran agama terhadap penerapan elemen KBAT dan proses pengajaran KBAT oleh guru. Kajian berbentuk kuantitatif ini telah dijalankan terhadap 248 responden yang dipilih secara rawak mudah di sekolah-sekolah menengah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tinjauan dilakukan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk memperoleh data.Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22.Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap penerapan KBAT adalah sederhana (60.9%, f=151) dengan tahap persetujuan tinggi (min=3.84, sisihan piawai 0.448). Sementara tahap persepsi mereka terhadap pengajaran KBAT oleh guru adalah tinggi (86.7%, f= 215) pada tahap persetujuan tinggi (min=4.18, sisihan piawai 0.483). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar mengikut faktor jantina terhadap penerapan KBAT (t=.874, p>0.05) dan persepsi pelajar terhadap pengajaran KBAT oleh guru (t=1.531, p>0.05). Dapatan kajian ini memberi sumbangan ilmu pengetahuan yang baru di samping sumbangan ilmiah kepada kajian-kajian akan datang dalam memperkasakan kefahaman ilmu, kemahiran dan nilai kendiri pelajar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islamic law -- Interpretation and construction | |
dc.subject | Islamic law -- Sources | |
dc.subject | Islamic education | |
dc.subject | Creative thinking | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Persepsi pelajar aliran agama terhadap pengajaran dan pembelajaran istilah-istilah berkaitan fiqh dan usul fiqh berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 145 | |
dc.identifier.callno | BP145.S46 2019 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004258(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113560+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.