Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458064
Title: Mekanisme penyebaran ideologi Syiah di Malaysia melalui interaksi di facebook
Authors: Mohamad Jarpani Syopiyan (P77708)
Supervisor: Muhamad Faisal Asha'ari, Dr.
Keywords: Shiites -- Malaysia
Shi'ah -- Doctrines -- Malaysia
Mass media -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Oct-2018
Description: Fahaman Syiah di Malaysia telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa setiap negeri sebagai fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Namun fahaman ini tetap menular secara aktif menerusi media baharu yang menyediakan akses kepada banyak laman sosial berkaitan fahaman ini terutamanya Facebook. Pengikut Syiah telah menggunakan laman sosial dengan tujuan mengembangkan fahamannya dengan pelbagai isu berkaitan Syiah untuk mempengaruhi masyarakat awam. Sehingga pertengahan tahun 2017, sebanyak lebih 100 profil Facebook berbahasa Melayu dikenal pasti aktif membuat posting di ruang status Facebook berkaitan fahaman Syiah. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis pendekatan interaksi pemilik Facebook pro-Syiah untuk menyebarkan diayahnya dan mengkaji kekerapan mereka dalam mengetengahkan isu-isu akidah, syariah dan tasawuf dalam Facebook. Di samping itu, objektif kajian ini juga untuk menganalisis maklum balas pengguna terhadap penyebaran diayah Syiah di dalam Facebook. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan analisis kandungan sebagai metode untuk menganalisis data. Sebanyak 107 posting yang telah dipilih dari 5 profil Facebook pro-Syiah dari bulan Januari 2015 hingga Disember 2016. Koleksi data-data yang terkumpul kemudiannya dianalisis menerusi pengkategorian dan pendekatan deskriptif dan perbandingan. Hasil kajian mendapati profil Facebook pro-Syiah ini menggunakan pendekatan persuasif dalam berinteraksi berpandukan lima kategori lakuan tutur iaitu asertif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Kajian juga mendapati semua pendekatan ini menggunakan hujah-hujah yang rasional dan tidak emosional bertujuan mempengaruhi orang lain untuk bersamasama dengan gerakan mereka, ataupun sekadar memberikan sokongan moral dan mengiktiraf pegangan Syiah. Selain itu, hasil kajian berkaitan maklum balas mendapati sebanyak 124 profil tidak bersetuju dengan posting berbanding 105 profil bersetuju. Manakala 31 profil yang lain menunjukkan sikap neutral. Hasil kajian ini memberikan implikasi penting terhadap badan autoriti Islam di Malaysia untuk sentiasa memantau pergerakan Syiah di media sosial demi memelihara keharmonian pegangan Ahlul Sunnah wal Jamaah di rantau ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 177
Call Number: BP194.2.M54 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113558+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.