Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458063
Title: Kualiti hadith di dalam kitab Mastika Hadith Jilid 3
Authors: Aminuddin Mohamed (P70896)
Supervisor: Fadlan Mohd Othman, Dr.
Keywords: Hadith -- Authorities
Hadith -- Texts
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Oct-2018
Description: Kitab Mastika Hadith yang menjadi sumber pengkalan data bagi laman sesawang Jakim selain penerbitannya yang secara meluas tersebar dapat dijadikan penanda aras kepada pentingnya kajian ini dilakukan. Kajian-kajian sebelumnya telah dilakukan bagi meneliti kualiti hadith yang terdapat di dalam kitab Mastika Hadith Jil.1 dan Jil.2. Begitupun, kajian ke atas kualiti hadith yang terdapat di dalam kitab Mastika Hadith Jil.3 masih belum dijalankan. Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti kualiti hadith yang terdapat di dalam Mastika Hadith Jil.3 meliputi sejumlah 50 buah hadith bagi melengkapkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelumnya. Kajian ini dapat membantu masyarakat bagi mengenalpasti hukum hadith yang terdapat di dalam kitab Mastika Hadith Jil.3 seterusnya mengelakkan masyarakat daripada terjebak dengan amalan menyebarkan atau mengamalkan hadith yang tidak dikenalpasti hukumnya. Reka bentuk bagi kajian ini adalah kajian analisis dokumen iaitu kajian ini dilakukan berdasarkan data-data dan sumber-sumber rujukan bertulis. Setelah mengambil kira jalan periwayatan sokongan bagi hadith berikut, pengkaji mendapati bahawa terdapat 12 buah hadith (24%) dengan nilaian sahih li dhatih, 5 buah hadith (10%) dengan nilaian sahih li ghayrih, 4 buah hadith (8%) dengan nilaian sasan li dhatih, 9 buah hadith (18%) dengan nilaian hasan li ghayrih, dan 22 buah hadith (40%) dengan nilaian sanad yang daif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 354
Call Number: BP136.47.A46 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113557+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.