Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458061
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Ilyana Mohd Adnan, Dr.
dc.contributor.authorAsniah (P78792)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:05Z-
dc.date.issued2019-06-11
dc.identifier.otherukmvital:112741
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458061-
dc.descriptionIsu pembayaran zakat secara langsung kepada asnaf yang berleluasa dalam kalangan peniaga di Kabupaten Aceh Pidie Indonesia, menyebabkan institusi zakat tidak mendapat kutipan zakat yang sewajarnya, berbanding dengan jumlah muzakki (peniaga) di Aceh Pidie. Mengapa hal ini berlaku? Untuk itu, kajian ini pertama, mengkaji pengetahuan dan kefahaman pembayar zakat perniagaan dalam kalangan peniaga di Aceh Pidie. Kedua, mengenal pasti amalan peniaga Aceh Pidie dalam membayar zakat perniagaan. Ketiga, mengkaji pelaksanaan kutipan dan agihan hasil zakat oleh Baitulmal Aceh Pidie. Skop kajian ini hanya tertumpu kepada golongan peniaga runcit, pakaian dan farmasi di Aceh Pidie. Rekabentuk kajian ini adalah kajian kes dan pemerhatian. Metod kajian yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur terhadap 10 responden, dua responden daripada pegawai Baitulmal dan lapan responden daripada peniaga. Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan analisis kandungan melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian ini mendapati, kefahaman peniaga tentang zakat masih ditahap lemah. Ini kerana pertama, mereka memahami zakat dari sudut hukum semata-mata bukan maksud sebenar zakat perniagaan secara menyeluruh. Kedua, bayaran zakat dilakukan secara langsung kepada asnaf setiap tahun bukan kepada Baitulmal. Manakala pengetahuan peniaga terhadap Baitulmal juga memberi kesan kepada kepatuhan membayar zakat, kerana ada sesetengah responden tidak mengetahui fungsi Baitulmal itu sendiri. Dari sudut kutipan zakat oleh Baitulmal pula ada peningkatan setiap tahun, namun zakat tersebut adalah hasil daripada harta lain bukan daripada zakat peniaga. Implikasi dasar kajian ini, pertama pihak Baitulmal perlu mempertingkatkan kesedaran masyarakat khususnya peniaga menerusi pelbagai kaedah seperti mengadakan forum dan kempen tentang hal ehwal zakat. Kedua, pemerintah perlu mengubal satu rang undang-undang yang khas berkaitan dengan pelaksanaan zakat. Akhir sekali, pelaksanaan undang-undang yang sedia ada perlu diketatkan supaya golongan peniaga tidak menganggap remeh tentang pelaksanaan zakat.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectZakat -- Indonesia -- Aceh
dc.subjectZakat
dc.subjectBusiness -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKefahaman dan amalan peniaga terhadap pembayaran zakat perniagaan di Baitulmal Pidie, Aceh Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoBP180.A83 2019 tesis
dc.identifier.barcode004291(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112741+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.