Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458060
Title: Konsep Pay Per Click dalam pengiklanan komersial menurut perspektif Islam
Authors: Nur Amalina Rumli (P77187)
Supervisor: Shofian Haji Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Advertising -- Religious aspects -- Islam
Advertising
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Nov-2018
Description: Dalam pengiklanan Pay Per Click (PPC) terdapat pelbagai isu berkaitan hukum dan perundangan yang perlu ditangani iaitu bahan iklan yang tidak menepati kriteria iklan menurut Islam. Selain itu, wujudnya unsur gharar dalam pembayaran iklan PPC serta berlakunya jenayah siber seperti penipuan klik atau click fraud menyebabkan kerugian kepada sebelah pihak. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep PPC dalam pengiklanan komersial dan menjelaskan penentuan kontrak syariah yang diaplikasikan di dalam PPC. Di samping itu ia juga menganalisis isu-isu pengiklananan komersial yang terdapat di dalam PPC menurut perspektif Islam. Justeru, kajian ini berbentuk kajian kes kepada Google Adwords dan Google Adsense. Analisis kandungan dilakukan secara deskriptif dan temubual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat empat kaedah pembayaran dalam pengiklanan komersial Google Adwords dan Google Adsense iaitu Cost Per Click (CPC), Cost Per Thousand Impressions (CPM), Cost Per Action (CPA) dan Click Through Ratio (CTR). Kajian ini juga mendapati bahawa prinsip muamalat berkaitan kontrak syariah dalam pengiklanan PPC ini berdasarkan akad ijarah antara Google Adwords dan advertiser. Manakala prinsip muamalat berkaitan kontrak shari'ah antara Google Adsense dan publisher berdasarkan akad jialah. Kesimpulannya, hukum asal pengiklanan sebegini adalah harus kerana ia memberi manfaat kepada pengguna khususnya advertiser iaitu pengusaha dalam mengiklankan produk secara online dan memberi manfaat kepada publisher untuk memperoleh pendapatan sampingan. Oleh kerana pengiklanan mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam membentuk budaya masyarakat, maka pihak berwajib seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Perdagangan dalam Negeri perlulah bertindak lebih serius dalam menangani isu-isu berkaitan pengiklanan PPC agar perkara-perkara yang dilarang dalam pengiklanan menurut undang-undang dan hukum Islam dapat dibendung.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 212
Call Number: HF5415.123.N83 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112739+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.