Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458059
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Faisal Ashaari, Dr.
dc.contributor.authorNor Faizah Ismail (P87054)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:05Z-
dc.date.issued2018-12-29
dc.identifier.otherukmvital:112736
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458059-
dc.descriptionPenggunaan WhatsApp telah menyumbang kepada kebanjiran maklumat Islam di alam maya. Sungguhpun demikian, kebanjiran ini masih tidak menjamin semua maklumat itu diakses secara meluas oleh golongan sasaran khususnya mahasiswa kerana mereka mungkin lebih berminat berinteraksi dengan maklumat yang bersifat sensasi, hiburan dan sebagainya. Namun, masih ramai yang berminat untuk berinteraksi bagi mendapatkannya, membaca dan berkongsi menerusi WhatsApp. Pola penggunaan ini telah mempengaruhi kesedaran Islam dan tingkah laku beragama dalam kalangan mahasiswa dan seterusnya memberikan kesan yang berbeza kepada mereka dari sudut emosi, kognitif dan tingkah laku. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan WhatsApp terhadap kesedaran Islam dan tingkah laku beragama dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data kajian. Seramai 381 orang pelajar UKM terlibat sebagai responden kajian yang dipilih secara pensampelan kebarangkalian. Analisis data dilakukan menggunakan SPSS versi 23.0 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min (purata) dan juga inferensi. Dapatan menunjukkan skala min dalam penggunaan WhatsApp dalam kalangan mahasiswa adalah rendah iaitu dengan nilai min 2.4. Bagi bahagian kesedaran Islam dari sudut emosi dan kognitif yang diperoleh daripada maklumat Islam menerusi WhatsApp, dapatan kajian mendapati skor min yang sangat tinggi dengan nilai 3.7 dan 3.8. Manakala skala skor min pada tingkah laku beragama yang terhasil daripada maklumat Islam menerusi WhatsApp, kajian mendapati nilai min yang sangat tinggi dengan nilai min 3.8. Analisis korelasi Spearman's Rho menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan WhatsApp dengan kesedaran Islam dan tingkah laku beragama dari sudut emosi (0.445), kognitif (0.396) dan tingkah laku (0.225). Manakala, analisis regresi mendapati penggunaan WhatsApp telah mempengaruhi secara signifikan kepada kesedaran Islam dan tingkah laku beragama dari sudut emosi (21.8), kognitif (21.2) dan tingkah laku (9.1). Hasil kajian ini mencadangkan agar pengguna Islam terus memanfaatkan WhatsApp untuk membentuk kesedaran Islam dan tingkah laku beragama.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMass media -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectCommunication -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh penggunaan whatsapp terhadap kesedaran Islam dan tingkah laku beragama dalam kalangan mahasiswa
dc.typetheses
dc.format.pages152
dc.identifier.callnoBP185.72.N63 2018 tesis
dc.identifier.barcode004289(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112736+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.