Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458057
Title: Peranan salib dalam kehidupan beragama penganut Kristian
Authors: Muhammad Syahmi Farhan Ab Majid (P78110)
Supervisor: Indriaty Ismail, Dr.
Keywords: Crosses
Symbolism
Christianity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jul-2019
Description: Semasa tempoh reformasi gereja-gereja Barat, agama Kristian telah mengalami krisis indentiti akibat daripada pertembungan ideologi dan perpecahan mazhab sehingga memberi kesan kepada makna salib. Menyedari hal ini, sarjana Kristian berpandangan bahawa gereja-gereja perlu kembali kepada makna salib sebagai simbol penyatuan masyarakat serta pusat kepercayaan agama Kristian. Tafsiran terhadap salib mula dikembangkan dan diselaraskan dengan teologi-teologi, falsafah serta kepercayaan agama Kristian. Hal ini menjadikan salib sebagai sebuah simbol agama yang mulia sekaligus melahirkan konsep-konsep tertentu dan peranannya tersendiri dalam kehidupan beragama penganut Kristian. Objektif utama kajian adalah mengkaji konsep simbol salib dalam agama Kristian serta mengenal pasti hubungannya dengan doktrin penebusan dosa dan penyelamatan. Kajian juga bertujuan menganalisis peranan salib dalam kehidupan beragama penganut Kristian. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes jenis penerokaan dan penggunaan instrumen temu bual separa struktur sebagai alat pengumpulan data. Data yang diperoleh dianalisis secara analisis kandungan, deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati simbol salib memiliki makna serta konsep teologi iaitu sebagai lambang yang mengingatkan penganut Kristian terhadap pengorbanan Jesus Christ, kasih sayang Tuhan, kejayaan, pendamaian dan penyelamatan. Kajian juga mendapati salib mempunyai hubungan yang rapat dengan pembentukan doktrin penebusan dosa dan penyelamatan dengan berpandukan pada peristiwa penyaliban Jesus Christsebagai sebuah rancangan Tuhan yang bertujuan untuk menebus dosa dan menyelamatkan manusia. Selain itu juga, makna salib memberi impak kepada kehidupan beragama penganut Kristian terutama dari aspek spiritual dan psikologi seperti memberi ketenangan jiwa, mendekatkan diri pada Tuhan, kesedaran nilai moral, memberi motivasi dalam diri dan melahirkan sifat toleransi sesama manusia. Implikasi kajian ini membuka ruang yang lebih luas kepada bidang kajian simbolisme dan teologi agama Kristian. Kajian juga mampu menyalurkan maklumat tambahan kepada orang awam tentang simbol-simbol dalam agama serta dijadikan bahan rujukan dalam sebarang aktiviti perbandingan atau dialog antara agama.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 121
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112731+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.