Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458055
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.-
dc.contributor.authorJamielatun Nur Raihan Jamani (P83946)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:04Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:04Z-
dc.date.issued2019-06-24-
dc.identifier.otherukmvital:112728-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458055-
dc.descriptionDalam era serba canggih, pendekatan bersepadu menjadi keperluan kepada pengajaran kursus ilmu takhrīj hadith supaya perkembangan ilmu ini tidak ketinggalan jauh daripada ilmu-ilmu lain. Lantaran itu, kajian mengambil inisiatif untuk mengkaji perlaksanaan pengajian takhrīj hadith di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Objektif kajian ialah untuk mengkaji perkembangan pengajian takhrīj hadith dan kepentingannya di Malaysia, untuk mengklasifikasikan penawaran kursus takhrīj hadith dan kajian dalam ilmu takhrīj di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia serta menganalisa pengajaran dan pembelajaran kursus takhrīj hadith di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia. Tumpuan khusus kajian ialah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah temu bual di samping penggunaan analisis dokumen. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual. Data-data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara deskriptif iaitu data-data temu bual dianalisis melalui kaedah manual dan analisis Cohen Kappa bagi mendapatkan nilai persetujuan pakar. Kaedah manual meliputi proses membuat transkripsi, reduksi, koding dan paparan data. Hasil kajian menunjukkan penawaran kursus takhrīj hadith di peringkat prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia terhad kepada pelajar di Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah sahaja, manakala penawaran kursus takhrīj hadith di peringkat prasiswazah Universiti Malaya adalah lebih luas iaitu kepada pelajar program Usuluddin. Kajian juga mendapati pengajian takhrīj hadith di Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan pelbagai metode seperti kuliah, soal jawab, tunjuk cara, kuiz, penggunaan perpustakaan secara online serta tugasan pelajar. Bahan pengajaran yang digunakan ialah buku teks, buku berbentuk Pdf dan penggunaan perisian komputer. Penggunaan alat bantuan mengajar pula seperti komputer riba dalam kalangan pelajar, telefon pintar, rakaman video serta powerpoint. Manakala pengajian takhrīj hadith di Universiti Malaya hanya menggunakan metode kuliah, soal jawab, tunjuk cara dan penggunaan makmal takhrīj serta tugasan pelajar. Bahan pengajaran terdiri daripada buku teks, buku rujukan dan penggunaan perisian komputer. Alat bantuan mengajar pula ialah komputer riba oleh pensyarah, telefon pintar dan rakaman video dan powerpoint sebagai alat bantuan mengajar. Kajian ini penting dilakukan bagi menyampaikan maklumat dan memberi pendedahan mengenai perlaksanaannya di samping menjelaskan pengajian takhrīj hadith di kedua-dua institusi ini menggunakan pengajaran secara konvensional dan inovasi. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan usaha menyampaikan ilmu takhrīj hadith dan menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dengan menggunakan pengajaran secara konvensional dan inovasi.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectTakhrīj hadith-
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerlaksanaan pengajian takhrīj hadith di universiti awam Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages178-
dc.identifier.barcode004286(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112728+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.