Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458051
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Ghafar Don, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAndi Mohamad Zulkhairi Muhamad (P78760)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:02Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:02Z-
dc.date.issued2018-03-21
dc.identifier.otherukmvital:111473
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458051-
dc.descriptionMasyarakat Orang Asli merupakan prospek dakwah dan sebahagian daripada entiti masyarakat yang perlu dibangunkan khususnya melalui agenda dan pendekatan agama. Malah komuniti ini perlu diberi perhatian yang lebih kerana kalangan mereka masih lagi ada yang kurang kesedaran dalam beragama dan salah faham terhadap Islam berpunca dari kurangnya penghayatan agama dalam kehidupan seharian mereka. Antara usaha yang digerakkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam menyelesaikan masalah ini ialah Kelas Bimbingan Al-Qur'an dan Fardu Ain. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti bentuk bimbingan yang dijalankan oleh JAINJ. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan bimbingan al-Qur'an dan Fardu Ain yang dijalankan oleh JAINJ dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Negeri Johor. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sebanyak 129 set soal selidik telah diedarkan kepada responden dalam kalangan Orang Asli yang mengikuti kelas bimbingan ini di beberapa perkampungan yang terpilih seluruh Negeri Johor. Data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS version 23. Dapatan kajian menunjukkan bimbingan al-Qur'an dan Fardu Ain dibuat hampir setiap hari dan mempunyai jadual berbeza mengikut perkampungan Orang Asli serta pendekatan bergantung kepada pegawai-pegawai yang dilantik untuk mengelola kelas bimbingan ini. Kajian juga menunjukkan keberkesanan bimbingan al-Qur'an berada pada tahap yang sederhana iaitu skor min sebanyak 1.97. Manakala bimbingan Fardu Ain pula melaporkan juga berada pada tahap yang sederhana iaitu skor min sebanyak 1.20. Implikasi kajian dapat membantu memberi kesan dan impak terhadap kelas bimbingan al-Qur'an dan Fardu Ain dalam memperbaiki hasil kajian yang diperolehi ke arah melahirkan masyarakat Orang Asli yang mengamalkan ajaran Islami dalam kehidupan seharian mereka. Di samping itu, kajian ini dapat memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti JAINJ sendiri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta agensi-agensi lain dalam menjalankan usaha dakwah terhadap masyarakat Orang Asli di Malaysia.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectQur'an -- Study and teaching
dc.subjectIndigenous people -- Malaysia -- Religious aspects
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan bimbingan al-Qur'an dan fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)
dc.typetheses
dc.format.pages130
dc.identifier.callnoBP132.A53 2018 tesis
dc.identifier.barcode004207(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111473+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.