Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458050
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosmawati Mohamad Rasit, Dr. | |
dc.contributor.author | Sharifah Sari Datu Asal (P78709) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:02Z | - |
dc.date.issued | 2018-07-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:111472 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458050 | - |
dc.description | Perkembangan pesat teknologi media menggalakan pertukaran maklumat dengan pantas di seluruh dunia. Akhbar dalam talian antara salah satu sumber berita dan maklumat yang popular berbanding akhbar tradisional kerana ianya memaparkan berita terkini dan semasa. Namun, penguasaan media Barat menyebabkan banyak maklumat yang tidak tepat disebarkan terutamanya sikap berat sebelah terhadap Islam. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu yang terdapat dalam akhbar dalam talian terpilih. Kajian ini juga mengkaji elemen sintaksis yang digunakan untuk menilai nilai berita dan juga menganalisis proses pembingkaian berdasarkan konsep al-tabayyun. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Borang pengekodan digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi sampel muka hadapan akhbar dalam talian CNN, BBC dan al-Jazeera sepanjang bulan Ogos 2016. Sebanyak 279 sampel muka hadapan akhbar dalam talian yang dikumpulkan menggunakan persampelan bertujuan. Elemen sintaksis Teori Pembingkaian Pan dan Kosicki dan Surah al-Hujurat ayat 6 digunakan sebagai kerangka teoretikal dalam meneliti pembingkaian muka hadapan berita. Data dianalisis secara perbandingan konstan. Hasil kajian mendapati tiga isu yang mendominasi laporan muka hadapan akhbar iaitu Kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Temasya Olimpik Rio de Janerio dan Peperangan di Syria. Akhbar CNN dan BBC memilih peristiwa yang mempunyai nilai berita yang tinggi dalam kalangan masyarakat setempat iaitu Kempen Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dan Temasya Olimpik Rio de Janerio serta menggunakan teknik propaganda name calling, dan shock manakala al-Jazeera pula memilih isu peperangan di Syria sebagai laporan muka hadapan akhbar tersebut dan bersifat lebih telus dalam pemberitaannya. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pengamal media perlu melaporkan berita berdasarkan konsep al-tabayyun dan masyarakat lebih berhati-hati dengan berita yang disebarkan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Online journalism -- Religious aspects | |
dc.subject | Electronic newspapers -- Religious aspects | |
dc.subject | Electronic news gathering | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembingkaian berita muka hadapan akhbar dalam talian berdasarkan konsep al-tabayyun | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 196 | |
dc.identifier.callno | PN4784.R35S83 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 004206(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111472+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.