Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458046
Title: Kedudukan tertuduh dengan kecelaruan spektrum autisme menurut perundangan jenayah barat dan Islam
Authors: Mastura Md Sharif (P77165)
Supervisor: Wafaa' Yusof, Dr.
Keywords: Autism -- Malaysia
Crimes and criminal -- Malaysia
Autism -- Religious aspects -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Jul-2018
Description: Pada awal 70an anggaran pesakit autisme adalah tiga atau empat bagi 10 000 orang. Seterusnya menurut Centre for Disease and Prevention (CDC) pada tahun 2009 satu bagi 95 orang dan terkini (2014) meningkat kepada satu bagi 68 orang. Di Malaysia pula dianggarkan 47 000 penduduk mengalami kecelaruan spektrum autisme dan daripada jumlah ini empat atau lima daripada 10 000 mengalami autisme tulen. Peningkatan jumlah individu yang didiagnosis dengan kecelaruan spektrum autisme secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah. Ini disebabkan golongan ini berkecenderungan untuk bertingkah laku jenayah. Misalnya salah laku seksual seperti mengintai, menyentuh orang lain secara tidak sopan dan menunjukkan kemaluan di khalayak ramai. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pendorong tingkah laku jenayah golongan autisme serta untuk mengenal pasti tanggungjawab jenayah golongan ini menurut undang-undang jenayah Barat dan undang-undang jenayah Islam. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis penguatkuasaan undang-undang jenayah terhadap tertuduh dengan autisme. Kajian menggunakan metodologi kajian kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan terhadap sumber primer seperti kitab-kitab fiqh klasik dan sumber sekunder seperti laporan media bercetak dan elektronik di samping penulisan ilmiah berhubung fokus kajian. Selain itu dokumen berhubung kes-kes dan keputusan kehakiman berhubung perbicaraan dan pendakwaan tertuduh dengan autisme di beberapa buah negara seperti England juga dianalisis. Kajian turut mengambil pendekatan kajian perbandingan menurut undang-undang jenayah Barat dan Islam. Hasil analisis mendapati faktor tingkah laku jenayah golongan autisme termasuklah defisit sosial, komunikasi, dan interaksi serta tingkah laku yang berulang dan terbatas. Seterusnya kajian mendapati golongan autisme tidak terkecuali daripada tanggungjawab jenayah. Perkara ini berdasarkan kepada tindakan Barat mensabitkan serta menghukum tertuduh dengan autisme dan menerima autisme sebagai faktor peringan hukuman dengan sokongan keterangan pakar. Manakala Islam pula meletakkan asas sabitan dan pelaksanaan hukuman terhadap golongan ini dengan melihat kepada keupayaan mereka iaitu kemampuan golongan ini untuk memahami dan membezakan di antara kebaikan dan kejahatan. Implikasi kajian ini mampu membantu pengamal perundangan terutamanya yang terlibat secara terus di dalam penguatkuasaan keadilan jenayah terhadap tertuduh dengan autisme serta pihak mahkamah dalam menentukan bentuk hukuman yang bersesuaian dengan golongan ini. Kajian ini memberi sumbangan dalam penguatkuasaan keadilan jenayah golongan kurang upaya autisme di Malaysia sebagai satu rujukan dan jaminan hak golongan autisme.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 150
Call Number: RC553.A88M33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458046
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111463+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.