Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458045
Title: Uslub al-Istijwab menurut dimensi al-Quran dalam membina jati diri remaja Muslim
Authors: Rabiatuladawiyyah Mohamed (P73413)
Supervisor: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr.
Keywords: Muslim youth -- Conduct of life
Islam -- Doctrines
Motivation (Psychology ) in adolescene
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Aug-2018
Description: Era globalisasi yang melanda negara memberi impak yang besar kepada generasi muda khususnya remaja dengan pelbagai isu moral yang menggambarkan kerapuhan nilai dan jati diri sebagai seorang muslim. Rentetan daripada itu, pembinaan jati diri remaja muslim memerlukan teknik berkesan yang dapat merangsang minda, menyentuh akal dan hati sanubari yang berteraskan Al-Quran sebagai penyelesaian yang tepat kepada golongan remaja yang sedang mengalami fasa perkembangan yang pesat dari segenap aspek kehidupan. Sejajar dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan konsep Uslub al-Istijwab menurut dimensi al-Quran. Kajian ini turut mengenalpasti isu-isu yang melanda remaja dan menganalisa elemen-elemen al-Din yang meliputi aspek aqidah, shariat dan tasawuf dalam ayat-ayat al-Istijwab. Selain itu, kajian ini juga menganalisa penerapan ayat-ayat al-Istijwab dalam membina jati diri remaja muslim. Kajian kualitatif ini menjadikan analisis kandungan sebagai rekabentuk kajian. Pengumpulan data pula dilakukan melalui analisis dokumen daripada sumber-sumber primer seperti kitab-kitab tafsir, hadis, jurnal, buku dan artikel. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati Uslub al-Istijwab dalam al-Quran digunakan dalam penerapan aqidah, pengamalan ibadah dan penghayatan tasawuf. Kajian ini juga mendapati aspek aqidah menjadi aspek yang paling dominan diterapkan oleh al-Quran melalui uslub ini. Ketiga-tiga aspek ini turut menjadi domain utama dalam pembentukan jati diri muslim. Implikasi kajian ini memperlihatkan ketinggian dan kekuatan Uslub al-Istijwab dari dimensi al-Quran ini berupaya menjadi panduan dalam mendidik dan menerapkan jati diri yang utuh dalam pembinaan remaja muslim yang seimbang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 108
Call Number: BP188.18.Y68R33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111459+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.