Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458044
Title: | Mekanisme pencegahan jenayah khalwat di negara Brunei Darussalam |
Authors: | Nabilah Rosmasayu Metusin (P77145) |
Supervisor: | Mohd. Al-Adib Samuri, Dr. |
Keywords: | Espionage (Islamic law) -- Brunei Sex crimes (Islamic law) -- Brunei Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2017 |
Description: | Negara Brunei Darussalam telah menguatkuasakan akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 secara berperingkat sebagai satu mekanisme pencegahan jenayah syariah. Sungguhpun mekanisme pencegahan ini telah mula diaplikasikan, namun jenayah khalwat masih saja mendominasi statistik jenayah syariah. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada jenayah khalwat ini di Brunei, di samping mengkaji konsep sebenar khalwat menurut syarak dan PKHJS 2013. Kajian berbentuk kualitatif deskriptif ini dijalankan di NBD sebagai lokasi kajian dengan memilih instrumen analisis dokumen dan temu bual separa struktur sebagai kaedah pengumpulan data. Sampel kajian pula dipilih secara rawak bertujuan yang melibatkan sembilan orang pegawai pelaksana undang-undang daripada pelbagai agensi. Perolehan data dianalisis secara manual menggunakan perisian NVIVO 11 dan dipaparkan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mekanisme pencegahan yang diaplikasikan di NBD hanya terbatas kepada empat mekanisme sahaja dan konsep khalwat menurut PKHJS 2013 masih berlandaskan konsep yang disebutkan oleh syarak. Sementara faktor penyumbang yang dikenal pasti ialah pergaulan bebas, kurang pengetahuan agama, kurang pengetahuan undang-undang, peruntukan dan hukuman yang sedia ada kurang berkesan, kurang pendedahan melalui media massa, faktor media massa, keluarga, pengaruh kawan-kawan, bahan-bahan pornografi dan dadah. Implikasi kajian menunjukkan bahawa mekanisme pencegahan yang diaplikasikan masih berada di tahap yang belum memuaskan dan ia memerlukan kepada penambahbaikan. Melihat kepada potensi pusat hisbah untuk menjadi satu mekanisme pencegahan yang berkesan, kajian lanjutan mencadangkan untuk mengenal pasti kesesuaiannya untuk diaplikasikan di NBD.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 159 |
Call Number: | BP158.E87N33 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Mekanisme pencegahan jenayah khalwat di Brunei Darul salam.pdf Restricted Access | Partial | 4.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.