Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458001
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarihah Haji Suhaimi, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurzarina Abdul Rahman (P45839)-
dc.date.accessioned2023-09-13T01:49:04Z-
dc.date.available2023-09-13T01:49:04Z-
dc.date.issued2011-08-05-
dc.identifier.otherukmvital:74561-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458001-
dc.descriptionDiabetes mellitus adalah sejenis penyakit metabolik kronik yang berkait rapat dengan ketidaknormalan dalam metabolisme glukosa dan tindakan insulin. Perkembangan dan pembentukan komplikasi penyakit ini berkait rapat dengan peningkatan stres pengoksidaan dan kerosakan mekanisme antioksidan. Kajian-kajian terkini sedang memfokus kepada tumbuhan herba yang mempunyai kesan antidiabetik, sama ada untuk digunakan sebagai rawatan alternatif atau tambahan kepada rawatan yang sedia ada. Piper sarmentosum telah digunakan sebagai makanan dan rawatan tradisional secara meluas. Ia didapati mempunyai komponen antioksidan yang tinggi. Ujikaji ini mengkaji kesan ekstrak air P. sarmentosum ke atas glukosa darah, insulin plasma, superoksida dismutase eritrosit dan pankreas dalam tikus diabetes aruhan Streptozotocin. Diabetes diaruh dalam tikus jantan Sprague Dawley dengan Streptozotocin (50 mg/kg berat badan dilarut dalam larutan salina normal secara suntikan intramuskular) manakala sekumpulan tikus kawalan (C) diberikan vehikel pada isipadu yang sama (larutan salina normal secara suntikan intramuskular). Kumpulan diabetes dibahagikan kepada tiga kumpulan; diabetes kawalan (DNT), diabetes dirawat dengan insulin (5 IU/kg berat badan Insulatard HM secara subkutaneus setiap hari) (DI) dan diabetes dirawat dengan P. sarmentosum (0.125 g/kg berat badan secara oral setiap hari) (DPS). Berat badan dan aras pengambilan air diukur setiap hari. Aras glukosa darah puasa diukur secara mingguan. Selepas 28 hari, darah diambil untuk menguji aras insulin plasma dan aktiviti superoksida dismutase (SOD) eritrosit. Pankreas dikeluarkan daripada setiap tikus kajian untuk diwarnakan dengan Hematoksilin & Eosin dan kaedah imunohistokimia. Kumpulan DPS menunjukkan sedikit peningkatan berat di sepanjang ujikaji. Kumpulan ini menunjukkan penurunan dalam pengambilan air pada hari ke-14. Kumpulan ini juga menunjukkan penurunan dalam aras glukosa darah puasa pada hari ke-7 tetapi aras terus meningkat sehingga akhir ujikaji. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam aras aktiviti SOD eritrosit (P<0.05, MW) pada kumpulan DPS. Kajian morfologi menunjukkan pengurangan tanda-tanda degenerasi pada pepulau Langerhans dan nekrosis sel pepulau dalam kumpulan DPS berbanding dengan kumpulan diabetes yang lain. Tambahan pula, kumpulan DPS menunjukkan peningkatan dalam jumlah pepulau dan sel imunopositif insulin. Ekstrak air P. sarmentosum tidak meningkatkan berat badan atau menurunkan aras pengambilan air pada tikus diabetes selepas rawatan diberikan selama 28 hari. Ia juga tidak dapat menurunkan hiperglisemia atau meningkatkan aras insulin dalam tikus diabetes. Walau bagaimanapun, ia memberi kesan amelioratif terhadap sel--β pankreas dan dapat memperbaiki mekanisme pelindung antioksidan dalam penyakit diabetes.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEkstrak air piper sarmentosum-
dc.subjectGlukosa darah-
dc.subjectInsulin plasma-
dc.subjectEnzim superoksida dismutase-
dc.subjectPankreas-
dc.subjectDiabetes aruhan streptozotocin-
dc.subjectInternal medicine-
dc.titleKesan ekstrak air piper sarmentosum ke atas glukosa darah, insulin plasma, enzim superoksida dismutase dan pankreas dalam tikus diabetes aruhan streptozotocin-
dc.typetheses-
dc.format.pages222-
dc.identifier.callnoWB115.N974k 2011 9HUKM-
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74561+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.