Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458000
Title: Piper betle dan fraksi kaya tokotrienol memodulasi pengekspresan gen dalam penuaan mencit
Authors: Siti Madiani binti Abdul Ghani (P50268)
Supervisor: Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Piper betle
Fraksi kaya tokotrienol memodulasi pengekspresan gen
Penuaan mencit
Issue Date: 18-Jul-2012
Description: Penuaan yang melibatkan kemerosotan progresif terhadap fungsi tisu dan organ badan boleh dimodulasi oleh pengambilan nutrien dan restriksi diet (CR) yang bertindak mengurangkan penghasilan spesises oksigen reaktif (ROS) serta mengubah ekspresi gen. Tumpuan kajian kini beralih kepada antioksidan diet yang berpotensi menyingkirkan ROS berlebihan dalam badan serta mampu mempengaruhi ekspresi gen. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan fraksi kaya tokotrienol (TRF) dan Piper betle (PB) ke atas pengekspresan gen semasa penuaan mencit. Mencit dikelaskan kepada kumpulan kawalan tanpa rawatan dan kumpulan rawatan yang terdiri daripada kawalan positif (CR), kawalan air, kawalan RBDPO (olein sawit dinyahbau, warna dan rasa), rawatan PB (20 mg/kg) dan rawatan TRF (30 mg/kg). Bagi peringkat muda (5 bulan), mencit dirawat selama 2, 9 dan 13.5 bulan manakala bagi peringkat tua (17 bulan), mencit dirawat selama 1.5 bulan. Sampel darah dan hati digunakan untuk menentukan aktiviti enzim dan pengekspresan gen melalui asai mikroatur. Enzim Glutation Peroksidase (GPx) didapati meningkat secara signifikan dengan usia. Rawatan TRF selama 13.5 bulan meningkatkan aktiviti enzim superoksida dismutase (SOD) (p<0.05) berbanding kawalan RBDPO, manakala aktiviti enzim katalase (CAT) pula menurun dalam CR dan rawatan PB berbanding kawalan air. Bagi peringkat tua, CR didapati menurunkan aktiviti enzim GPx berbanding air. Data mikroatur dianalisis menggunakan perisian Genespring GX 10 dan Pathway Studio 6.0. Ujian-T tak berpasangan pada p<0.005 dan perubahan gandaan (FC) ≥1.5 menunjukkan 213 gen berbeza secara signifikan dengan usia. Melalui ujian ANOVA dua hala pada FDR<0.05 dan FC≥1.2, sebanyak 194, 281 dan 175 gen berbeza secara signifikan dalam CR, PB dan TRF berbanding kawalan bagi peringkat muda. Ujian ANOVA sehala pada p<0.05 dan FC≥1.5 menunjukkan 142, 143 dan 139 gen berbeza secara signifikan dalam CR, PB dan TRF berbanding kawalan bagi peringkat tua. Analisis GSEA dan ujian Fisher Exact mendapati laluan kaskad intrasel (Arhgef11, Tyrobp, Itgb2), transkripsi (H1f1a, Trrap), proliferasi sel (Map3k2), kitar sel (Bmp2) dan modifikasi kromatin (Jarid1c) menurun, manakala laluan tindak balas imun (Fcer1g, Ly86) meningkat dengan penuaan. CR peringkat muda didapati mempengaruhi laluan metabolisme lipid (Ppara, Lpin1), biosintesis asid lemak (Elovl3, Elovl5), tindak balas tekanan oksidatif (Txnip, Vnn1) dan laluan anti-apoptosis (Atf5) manakala pada peringkat tua, CR memodulasi laluan metabolisme lipid (Ppara, Lpin1), tekanan oksidatif (Txnip, Dusp1), laluan apoptosis (Cd5l), tindak balas tekanan (Herpud1, Hspa8, Gadd45b), tindak balas imun (Cxcl2) dan fasa-akut (Saa2, Stat3, Egfr). Rawatan PB peringkat muda memodulasi laluan biosintesis asid lemak (Elovl3, Elovl5), tindak balas tekanan oksidatif (Vnn1) dan apoptosis (Ei24, C9, C6) manakala pada peringkat tua, PB memodulasi laluan tindak balas imun (Cxcl2, Cfh, Ifitm2) dan fasa-akut (Saa2, Serpina3). Rawatan TRF peringkat muda memodulasi laluan biosintesis asid lemak (Elovl3), tindak balas tekanan oksidatif (Txnip, Hmox2), apoptosis (Zbtb16) dan proliferasi sel (Dbp) manakala pada peringkat tua, TRF memodulasi laluan isyarat sitokin (Lifr), tindak balas tekanan oksidatif (Dusp1, Mmp14), tindak balas imun (Cxcl2, Cfh, Coro1a), inflamatori (Kng1, Spp1, Tnfrsfa1a) dan fasa-akut (Il6r, Saa2, Stat3). Kesimpulannya, rawatan jangkamasa panjang TRF dan PB didapati berpotensi meregulasi beberapa gen yang mirip kepada tindakan CR yang mungkin bermanfaat dalam melambatkan proses penuaan.,Master/Sarjana
Pages: 235
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73430+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.