Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457998
Title: Kondrogenesis in vivo sel stem adipos manusia bersama kerangka fibrin
Authors: Adila A. Hamid (P35569)
Supervisor: Chua Kien Hui, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Chondrogenesis
Issue Date: 11-Mar-2011
Description: Sel stem tisu adipos manusia (HuADSC) merupakan sumber sel yang menarik untuk kejuruteraan tisu rawan kerana sel ini dapat diisolasi daripada lipoaspirat dalam bilangan yang banyak dan ia mempunyai kadar pertumbuhan yang stabil. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji keupayaan kondrogenesis in vivo HuADSC menggunakan fibrin sebagai kerangka. HuADSC yang dipencilkan daripada lipoaspirat diciri menggunakan aliran sitometri, tindakbalas berantai kuantitatif RTPCR dan ujian keupayaan multipotensi. Kondrogenesis in vitro diuji dengan pengkulturan sel selama tiga minggu dalam dua jenis media berlainan; i) media kawalan (FD+10%FBS), ii) media kondrogenik. Tahap ekspresi gen kondrogenik diukur menggunakan kaedah kuantitatif RT-PCR. Kondrogenesis in vivo dikaji dengan menghasilkan komposit HuADSC-fibrin dan ditanam di bawah lapisan kulit bahagian dorsum mencit athymik selama tiga minggu. Konstruk kemudiannya dikeluarkan, diproses dan dianalisa dengan pewarnaan histologi. Keputusan menunjukkan HuADSC adalah sel stem mesenkima yang positif kepada penanda permukaan CD90, CD73, CD44, CD9 dan HLA ABC tetapi negatif terhadap CD31, CD34, CD117, CD45 dan HLA DR, DP, DQ. Pewarnaan positif Alizarin Red dan Von Kossa serta ekspresi gen osteogenik menunjukkan keupayaan osteogenesis HuADSC. Pewarnaan positif Oil Red O dan ekspresi gen adipogenik pula menunjukkan keupayaan adipogenesis HuADSC. Kondrogenesis in vitro menunjukkan agregasi kultur sel hanya berlaku dalam medium kondrogenik. Kolagen jenis II hanya diekspreskan oleh sel yang dikultur dalam medium kondrogenik. Gen kondrogenik yang lain; SOX9, COMP, Col X, Col XI, Elastin dan LINK turut diekspreskan lebih tinggi dalam medium kondrogenik. Pewarnaan histologi H&E menunjukkan taburan sel yang sekata dalam konstruk sel-fibrin. Walau bagaimanapun, pewarnaan Alcian Blue menunjukkan pembentukkan rawan yang kurang matang selepas kondrogenesis in vivo. Kesimpulannya, hasil kajian membuktikan HuADSC mempunyai keupayaan multipotensi yang serupa dengan sel stem dewasa yang lain. Kajian ini juga menunjukkan keputusan yang menggalakkan untuk HuADSC dan fibrin dalam kondrogenesis dan regenerasi rawan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 186
Call Number: WE300.A235k 2011 tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
23.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.