Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457997
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof
dc.contributor.authorFaidruz Azura Jam (P53381)
dc.date.accessioned2023-09-13T01:49:03Z-
dc.date.available2023-09-13T01:49:03Z-
dc.date.issued2013-02-20
dc.identifier.otherukmvital:120362
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457997-
dc.descriptionKolagen merupakan makromolekul ekstraselular yang paling penting untuk memberi kekuatan dan sifat elastik kepada kulit. Matriks metalloproteinases yang dihasilkan oleh sel keratinosit dan fibroblas mendegradasikan kolagen mengakibatkan pembentukan kedut yang mencirikan penuaan pada kulit. Pigmentasi kulit yang berlaku semasa penuaan kulit merupakan proses penghasilan melanin yang juga dikenali sebagai melanogenesis. Dalam kajian ini, sel fibroblas dan sel melanosit yang digunakan diperolehi daripada kulit khatan kanak-kanak lelaki berumur di antara 9 hingga 12 tahun. Bagi kajian regenerasi kulit, sel fibroblas diperlakukan dengan serum Tri E yang terdiri daripada biodynes dan vitamin E (fraksi kaya tokotrienol dan tokoferol) dan didedahkan kepada hidrogen peroksida untuk mengaruh penuaan pramatang. Ekspresi gen kolagen (COL1A1, COL3A1) dan matriks metalloproteinases (MMP1, MMP2, MMP3 dan MMP9) ditentukan dengan kaedah RT-PCR masa nyata. Kadar ekspresi protein prokolagen jenis I dan jenis III ditentukan menggunakan pemblotan western. Aktiviti matriks metalloproteinases MMP-1, MMP-2, MMP-3 dan MMP-9 diukur secara kuantitatif menggunakan kit Sensolyte MMP, Anaspec. Bagi kajian pemutihan kulit, serum Tri E yang digunakan terdiri daripada kombinasi agen pemutihan kulit, tyrostatdan vitamin E (fraksi kaya tokotrienol dan tokoferol). Sel melanosit didedahkan kepada 0.6 J/cm2 UVA dan diperlakukan dengan serum Tri E. Ekspresi gen TYR, TYRP1, TYRP2 diukur, asai tirosinase dan kandungan melanin turut ditentukan. Keputusan menunjukkan serum Tri E meningkatkan ekspresi gen COL1A1, COL3A1 dan mengurangkan ekspresi gen MMP1, MMP2, MMP3 dan MMP9 (p<0.05). Perlakuan serum Tri E meningkatkan ekspresi protein prokolagen jenis I dan jenis III (p<0.05). Ia juga menyebabkan pengurangan aktiviti MMP-1, MMP-2, MMP-3 dan MMP-9 (p<0.05). Mekanisme perencatan melanogenesis oleh serum Tri E melalui pengurangan ekspresi gen TYR, TYRP1 dan TYRP2 di samping perencatan langsung terhadap aktiviti tirosinase seterusnya menyebabkan pengurangan kandungan melanin. Hasil kajian menunjukkan serum Tri E boleh menghalang penuaan kulit melalui peningkatan sintesis kolagen dan pengurangan degradasi kolagen. Tri E serum juga mampu menjadi bahan aktif yang efektif dalam produk kosmetik bertujuan bagi pemutihan kulit dengan cara menghalang atau memperbaiki pigmentasi kulit disebabkan oleh dedahan kepada UV,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKesan serum tri e terhadap mekanisme regenerasi dan pigmentasi pada kulit manusia dalam kultur tisu
dc.typetheses
dc.format.pages96
dc.identifier.barcode002818(2013)
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120362+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
861.13 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.