Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457996
Title: Kesan fraksi kaya tokotrienol (trf) sawit ke atas ekspresi protein dalam pengangkutan bilirubin tikus dewasa
Authors: Hidayatul Radziah binti Ismawi (P40870)
Supervisor: Qodriyah Hj Mohd Saad, Dr
Keywords: Fraksi kaya tokotrienol (trf)
Sawit
Ekspresi protein
Pengangkutan
Bilirubin tikus dewasa
Issue Date: 4-Jul-2012
Description: Oatp2, UGT1A1 dan Mrp2 merupakan protein pengangkut yang terlibat dalam metabolisme dan penyingkiran bilirubin. Kajian terdahulu mendapati fraksi kaya tokotrienol (TRF) sawit mampu mengurangkan aras bilirubin jumlah (TB) plasma. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pra-rawatan TRF pada tikus dewasa yang diaruh hiperbilirubinemia menggunakan Phenylhydrazine (PHZ) terhadap ekspresi protein yang terlibat dalam pengangkutan bilirubin. Sebanyak tiga puluh enam ekor tikus dewasa Wistar (200-250 g) dibahagikan kepada tiga kumpulan; kawalan (K), Phenobarbital (PB) dan TRF. Kumpulan TRF (100 mg/kg/hari, i.p.) dan kumpulan K (minyak sawit tanpa vitamin E, i.p.) dirawat bermula dari hari pertama kajian hingga hari keempat belas. Sementara untuk kumpulan PB, pada sembilan hari pertama kajian, tikus disuntik dengan salina normal (NS) dan lima hari berikutnya dengan PB (80 mg/kg/hari, i.p.). Pada hari ke-15, setiap kumpulan dibahagi kepada dua kumpulan kecil; satu kumpulan diberi NS (K+NS, TRF+NS, PB+NS) dan satu kumpulan lagi diberi PHZ (K+PHZ, TRF+PHZ, PB+PHZ). Selepas 24 jam, darah diambil untuk penentuan aras TB plasma manakala tisu hepar diambil untuk penentuan ekspresi protein menggunakan teknik Western blot. TB dalam kumpulan K+PHZ (0.19 mg/dL ± 0.026) meningkat secara signifikan berbanding kumpulan K+NS (0.06 mg/dL ± 0.008). TRF dan PB didapati tidak berjaya mengurangkan peningkatan aras TB aruhan PHZ berbanding kumpulan K+PHZ. Walau bagaimanapun, aras TB dalam kumpulan TRF+NS didapati lebih rendah berbanding kumpulan K+NS dan PB+NS. Rawatan dengan TRF dan PB telah meningkatkan ekspresi protein Oatp2 dan UGT1A1 dalam semua kumpulan berbanding kumpulan kawalan tetapi tidak mempengaruhi ekspresi Mrp2. Kesimpulannya, TRF meningkatkan ekspresi Oatp2 dan UGT1A1 yang terlibat dalam pengangkutan bilirubin. Oleh itu ia berpotensi sebagai rawatan alternatif hiperbilirubinemia.,Master/Sarjana
Pages: 80
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73429+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.