Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457995
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lokman Saim, Prof. Dato Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Azhan Ubaidah (P45022) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T01:49:03Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T01:49:03Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120050 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457995 | - |
dc.description | Kehilangan sel rerambut auditori adalah penyebab utama masalah pendengaran pada manusia. Sel rerambut yang dijumpai pada bahagian telinga dalam adalah sejenis mekanoreseptor yang berfungsi untuk mengesan bunyi dan juga pergerakan di bahagian kepala. Kehadiran sel progenitor auditori di bahagian telinga dalam mengembalikan harapan untuk regenerasi sel tersebut. Beberapa pendekatan telah dipertimbangkan bagi regenerasi sel rerambut. Antaranya, meransang sel progenitor auditori daripada organ koklea untuk berproliferasi bagi membantu individu yang pekak. Salah satu langkah penting adalah mengenalpasti sistem pengkulturan yang sesuai bagi meningkatkan populasi sel progenitor auditori serta menilai keupayaan bagi sel progenitor auditori untuk membeza kepada sel rerambut. Dengan itu, media yang ditambah dengan faktor pertumbuhan dan media yang biasa untuk pengkulturan sel tersebut dibandingkan. Sel dianalisa berdasarkan morfologi, kinetik pertumbuhan, penghasilan protein dan ekspresi gen. Dalam kajian ini, didapati sel yang dikultur daripada membran koklea mencit adalah bersifat heterogenous. Secara morfologinya, sel adalah menyerupai sel jenis epitelia, sel rerambut, sel saraf dan sel fibroblas setelah dikultur. Analisa kinetik pertumbuhan terhadap dua jenis kultur media yang berbeza menunjukkan media yang ditambah dengan faktor pertumbuhan meningkatkan aktiviti proliferasi sel berbanding media normal. Pada analisa protein, kedua-dua jenis media memberikan kehadiran positif terhadap penanda spesifik sel rerambut dan penanda sel stem iaitu Myosin VIIa, Calretinin, Espin dan Nestin. Walaubagaimanapun, melalui analisa ekspresi gen yang spesifik terhadap sel rerambut; Myosin VIIa dan Calretinin dan juga penanda sel stem; Nestin, Rex 1 dan Sox 2 didapati tidak dapat dikekalkan setelah pasaj dalam media yang ada faktor pertumbuhan. Sel dalam media normal telah menunjukkan ekspresi gen yang lebih tinggi pada penanda sel rerambut dan penanda sel stem. Kesimpulannya, sel daripada membran koklea boleh diperbanyakkan secara pengkulturan. Namun, media yang dilengkapi dengan faktor pertumbuhan adalah kurang bermanfaat dari segi pengekalan sel progenitor auditori berbanding media normal.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Otolaryngology | |
dc.subject | INDAMET | |
dc.title | Regenerasi sel dan tahap ekspresi gen sel progenitor auditori yang dikultur dari membran koklea | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 91 | |
dc.identifier.callno | WV20.M952r | |
dc.identifier.barcode | 002736(2013) | |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120050+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 931.36 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.