Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457994
Title: | Kesan Terapi Urut Swedish ke atas parameter kardiovaskular dan kortisol pada wanita hipertensi |
Authors: | Izreen Supa'at (P45007) |
Supervisor: | Zaiton Zakaria, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Internal medicine INDAMET |
Issue Date: | 23-Aug-2012 |
Description: | Prevalens hipertensi di Malaysia adalah tinggi dengan prevalens di kalangan wanita lebih tinggi dari lelaki. Hipertensi mempunyai kaitan rapat dengan stres dan disfungsi endotelium. Terapi Urut Swedish (SMT) terkenal dengan kesan relaksasi terapeutik. Kajian kawalan secara rawak ini dijalankan untuk mengkaji kesan SMT ke atas tekanan darah (BP), kadar denyut jantung (HR) dan kortisol serta faktor disfungsi endotelium seperti petanda inflamasi. Enam belas wanita berumur 35-60 tahun dengan BP sistolik (SBP) 135-160 mmHg dipilih menyertai kajian ini. Lapan wanita dalam kumpulan urut (KU) menjalani SMT seluruh tubuh selama satu jam sekali seminggu selama empat minggu. Kumpulan kawalan dikenali sebagai kumpulan rehat (KR) dikehendaki berehat pada tempoh yang sama. Kedua-dua intervensi ini dilakukan di Wad Penyelidikan Klinikal, PPUKM. Pengukuran BP, HR, tekanan darah ambulatori 24 jam (24-H ABPM), kortisol dan petanda inflamasi [protein reaktif-C (CRP), faktor tumor nekrosis-α (TNF-α), interlukin-6 (IL-6), interleukin-10 (IL-10), molekul lekatan sel vaskular-1 (VCAM-1), molekul lekatan intraselular-1 (ICAM-1) dan faktor von Willebrand (vWF)] dilakukan sebelum intervensi pertama dan 48 jam selepas sesi keempat bagi kedua-dua kumpulan. BP dan HR juga diambil sebelum dan selepas setiap intervensi yang dikira sebagai kesan akut. KU mengalami penurunan akut SBP (-5 mmHg, P=0.03) dan DBP (-7 mmHg, P=0.02) selepas sesi pertama. Penurunan kronik juga diperhatikan selepas empat minggu bagi SBP (-12 mmHg, P=0.01) dan DBP (-5 mmHg, P=0.03). KR mengalami penurunan akut DBP selepas sesi keempat sahaja. KU menunjukkan penurunan akut pada HR selepas setiap sesi terapi urut dan ini adalah signifikan di antara kumpulan (P<0.05). Bagi 24-H ABPM, KU menunjukkan penurunan pada SBP (-9.47 mmHg, P=0.01) dan DBP malam (-5.62 mmHg, P=0.01). KR menunjukkan penurunan pada DBP 24jam (-3.1 mmHg, P=0.02) dan DBP malam (-1.2 mmHg, P=0.04). Setiap kumpulan menunjukkan penurunan signifikan pada DBP pagi [KU: -9.08 mmHg (P=0.02), KR: -8.9 mmHg (P=0.01)]. Aras kortisol didapati menurun dalam setiap kumpulan [KU: -42 nmol/L (P=0.04), KR: -70.5 nmol/L (P=0.01)]. Terdapat trend menurun pada TNF-α, vWF, ox-LDL dan VCAM-1 bagi kedua-dua kumpulan selepas empat minggu. Namun, penurunan signifikan hanya pada VCAM-1 [KU: -998.05 ng/ml, (P=0.03), KR: -375.7 ng/ml (P=0.01)] dan vWF [KU: -116.73% (P=0.03), KR: -40.52% (P=0.01)] bagi kedua-dua kumpulan. Tiada perubahan signifikan dilihat pada IL-6, IL-10 dan CRP bagi kedua-dua kumpulan. Kajian ini menunjukkan bahawa selepas intervensi, sama ada Terapi Urut Swedish atau rehat menyebabkan penurunan akut dan kronik pada BP, penurunan pada sebahagian petanda inflamasi dan kortisol. Namun, penurunan ini tidak signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Berbeza dengan rehat, berurut mengurangkan HR secara akut pada wanita hipertensi.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 173 |
Call Number: | WB115.I98k 2012 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120030+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 792.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.