Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457993
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norfilza Mohd. Mokhtar, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Hanis Ramzi (P45997) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T01:49:02Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T01:49:02Z | - |
dc.date.issued | 2012-09-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:119450 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457993 | - |
dc.description | Kanser endometrium (EC) adalah kanser kelapan bagi golongan wanita Malaysia dengan jenis endometrioid (EEC) adalah yang paling biasa berlaku. Kajian mikroatur terdahulu gagal menggunakan teknologi tangkapan laser mikrodiseksi bagi mengkaji tahap pengekspresan gen spesifik bagi sel kelenjar tisu kanser dan normal endometrium bagi pesakit EC. Kajian ini bertujuan menilai perbezaan kadar pengekspresan gen pada sel adenokarsinoma EEC berbanding sel kelenjar endometrium normal menggunakan tangkapan laser mikrodiseksi daripada tisu pesakit yang sama. Tapak jalan molekul yang signifikan dalam menyumbang karsinogenesis EEC juga dikenalpasti. Profil gen dijalankan ke atas lapan pasang sel mikrodiseksi normal dan sel kelenjar kanser daripada lapan orang pesakit EEC peringkat I-II (n=16) menggunakan 28,869 set prob pada cip mikroatur Affymetrix GeneChip 1.0 ST. Keputusan data mikroatur dianalisis menggunakan perisian GeneSpring 10.0. Analisis tapak jalan dilakukan untuk mengenalpasti interaksi gen yang terlibat dalam pembentukan kanser endometrium. Ujian validasi pada gen yang dipilih dilakukan dengan menggunakan teknik kuantitatif tindak balas rantaian polimerase (qPCR). Analisis pengklusteran hierarki menunjukkan pemisahan secara nyata di antara EEC dan sampel endometrium normal. Analisis statistik-t berpasangan (p ≤ 0.01) dengan perubahan sekurang-kurangnya 1.5 kali ganda menunjukkan 162 set prob berbeza secara signifikan pada EEC berbanding sampel endometrium normal. Sebanyak 58 set prob teregulasi secara meningkat manakala 104 set prob teregulasi secara menurun. PCR kuantitatif mengesahkan perubahan signifikan (p ≤ 0.05) pada aras mRNA gen terpilih (SLC7A5, SATB1, H19 dan ZAK) pada set mikrodiseksi EEC yang berasingan (n = 18) berbanding set mikrodiseksi sampel endometrium normal (n = 8). Analisis tapak jalan menunjukkan rangkaian berpautan yang terdiri daripada regulasi gen yang divalidasi terlibat dalam pengangkutan asid amino, translasi dan permodelan kromatin. Hasil daripada kajian ini menekankan ciri-ciri molekul EC endometrioid dan memberi maklumat mengenai perkara-perkara berkaitan dengan pembentukan kanser ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kanser endometrium endometrioid | |
dc.title | Pengenalpastian penanda genomik bagi kanser endometrium endometrioid menggunakan mikrodiseksi tangkapan laser dan mikroatur | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 139 | |
dc.identifier.callno | tesis WP20.N974p 2012 9HUKM | |
dc.identifier.barcode | 002660 (2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119450+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 34.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.