Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457990
Title: | Kesan madu acacia ke atas proses penyembuhan luka kornea arnab secara in vitro |
Authors: | Choy Ker Woon (P62363) |
Supervisor: | Norzana Abd Ghafar, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Luka kornea arnab Madu acacia Biokimia |
Issue Date: | 13-Mar-2013 |
Description: | Proses penyembuhan luka kornea adalah proses yang kompleks dalam mengekalkan kelutsinarannya. Kajian berasaskan bahan semulajadi mempunyai kepentingan sebagai rawatan alternatif kepada rawatan konvensional yang mempunyai kesan sampingan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan madu Acacia (AH) ke atas proses penyembuhan luka kornea secara in vitro. Sel kornea epitelium dan keratosit arnab diasing dan dikultur sehingga pasaj 1. Dos optima AH untuk proliferasi sel dikenalpasti melalui asai MTT melalui pencairan bersiri faktor dua dalam medium basal (BM) dan medium kornea lengkap (CCM) untuk pengkulturan sel epitelium dan medium basal FD (FD) dan medium FD berserum (FDS) untuk pengkulturan keratosit. Morfologi sel dianalisa menggunakan mikroskop fasa pembezaan manakala kitaran sel dianalisa menggunakan sitometri aliran. Ujian migrasi sel dilakukan dengan membuat luka ke atas sel monolapisan konfluen dan proses penyembuhan luka kornea dinilai secara bersiri. Ekspresi gen berkaitan penyembuhan luka seperti sitokeratin-3 (CK3), fibronektin, cluster of differentiation 44 (CD44), aldehid dehidrogenase (ALDH), vimentin, α-smooth muscle actin (α-SMA), kolagen jenis I, lumikan dan matriks metaloproteinase 12 (MMP12) diukur melalui q-RTPCR pada hari permulaan, hari ketiga dan hari sel mencapai konfluen (hari keenam). Pengesanan protein berkaitan penyembuhan luka kornea dilakukan melalui kaedah imunositokimia. Keputusan kajian menunjukkan proliferasi optimum bagi kedua-dua sel dapat dicapai dengan penambahan 0.025% AH dalam medium masing-masing. Kedua-dua sel menunjukkan morfologi dan kitaran sel yang normal. Ujian migrasi bagi kedua-dua sel menunjukkan kadar penutupan luka terpantas dalam kultur sel epitelium dan keratosit menggunakan medium CCM dan FDS yang masing-masing ditambah 0.025% AH. Ekspresi gen CK3 meningkat manakala ekspresi gen fibronektin dan CD44 berkurang secara signifikan untuk sel epitelium yang ditambah dengan 0.025% AH dalam medium BM dan CCM. Ekspresi gen vimentin, α-SMA, kolagen jenis I dan lumikan meningkat manakala ekspresi gen ALDH dan MMP12 berkurangan pada keratosit yang dikultur dalam media FD dan FDS yang ditambah dengan 0.025% AH. Ekspresi protein pada sel kornea adalah selaras dengan ekspresi gen. Kesimpulannya, AH pada kepekatan 0.025% berupaya menggalakkan proses penyembuhan luka melalui kajian proliferasi, migrasi, ekspresi gen dan protein bagi sel-sel kornea. Keputusan kajian ini merupakan langkah pertama di dalam menilai potensi AH sebagai agen nutrifarmaseutikal alternatif terhadap rawatan konvensional dalam menggalakkan penyembuhan luka kornea.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 171 |
Call Number: | tesis QU20.C552k 2014 9 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.