Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457985
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruszymah binti Hj Idrus, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nadiah binti Sulaiman (P48231) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T01:49:00Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T01:49:00Z | - |
dc.date.issued | 2013-02-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:73428 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457985 | - |
dc.description | Infark miokardium terjadi apabila arteri koronari tersumbat dan keadaan ini seterusnya menjadi punca kematian kardiomiosit. Jantung diandaikan telah menjalani pembezaan penuh dan tidak menjalani proses pembahagian sel. Kebolehan regenerasi jantung yang minima ini tidak cukup untuk mengimbangi kematian kardiomiosit akibat daripada infark miokardium. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dua sumber alternatif sel dan beberapa faktor aruhan yang boleh digunakan untuk mengaruh sel-sel tersebut kepada kardiomiosit. Antara faktor aruhan yang lazim bagi leluhur miokardia adalah 5-azasistidina, yang merupakan agen kemoterapi dan bersifat toksik kepada sel. Justeru, pengenalpastian faktor aruhan baru yang bersifat kurang toksik kepada sel dan menepati tujuan aplikasi klinikal adalah penting. Dalam kajian ini, dua sumber sel stem diambil dari sum-sum tulang (BMSC) dan tisu adipos (ATSC) kambing biri-biri. Tiga keadaan kultur adalah; Kumpulan 1: 5-azasistidina sahaja, Kumpulan 2: faktor pertumbuhan fibroblas asas (bFGF) dan hidrokortison serta Kumpulan 3: 5-azasistidina, bFGF dan hidrokortison. Kumpulan kawalan adalah sel-sel yang tidak terdedah kepada faktor aruhan. Tindak balas Polimerase Berantai Semasa kuantitatif (qRT-PCR) dengan menggunakan primer khusus bagi kardiomiosit (MyHC2a, MyLC2, TropC dan MyoD1) dijalankan pada semua kumpulan kajian pada pasaj 1 (P1). Kehadiran protein struktur jantung; Alpha Sacromeric Actin (αSA) dan protein Phospholamban (Plb) dianalisis melalui ujian immunositokimia. Influks ion kalsium diperhatikan dengan menggunakan perwarna floresen Flour-3AM dan teknik pengimejan konfokal. Hasil pemerhatian morfologi menunjukkan morfologi ATSC dan BMSC teraruh; lebih menyerupai Sel Stem Mesenkima (MSC) dan bukannya kardiomiosit matang. Selain itu, kedua-dua ATSC dan BMSC dilihat mampu untuk terus hidup dalam persekitaran in vitro dengan kehadiran faktor induksi. Namun, penggunaan 5-azasistidina diperhatikan merendahkan viabiliti ATSC dan BMSC teraruh. Gen spesifik kardiomiosit turut dikesan dalam semua kumpulan ATSC dan BMSC teraruh. Profil pengekspresian gen tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan bagi pengekspresian setiap gen oleh ATSC dan BMSC teraruh berbanding dengan kumpulan kawalan negatif iaitu sel yang tidak terdedah kepada faktor induksi. Walau bagaimanapun, terdapat trend peningkatan pengekspresian gen oleh ATSC dan BMSC teraruh apabila dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Di samping itu, αSA dan PLB yang merupakan protein kardiomiosit telah dikesan dalam semua kumpulan ATSC dan BMSC teraruh. Sebilangan kecil sel dalam kumpulan kawalan turut mengekspresikan kedua-dua protein. Percikan kalsium turut dikesan dalam ATSC dan BMSC yang didedahkan dengan bFGF dan hidrokortison. Kesimpulannya, ATSC dan BMSC mempunyai keupayaan untuk dibezakan ke arah leluhur kardiomiosit dengan menggunakan bFGF dan hidrokortison seterusnya mengelakkan penggunaan 5-azasistidina dalam aplikasi klinikal masa depan.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Modulasi diferensiasi sel | - |
dc.subject | Sel stem sum-sum tulang | - |
dc.subject | Stem adipos | - |
dc.subject | Kardiomiosit | - |
dc.subject | Internal medicine | - |
dc.title | Modulasi diferensiasi sel dari sel stem sum-sum tulang dan stem adipos kepada kardiomiosit dengan pelbagai faktor induksi | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 98 | - |
dc.identifier.callno | WB115.N136m 2013 9HUKM | - |
dc.identifier.barcode | 000477 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73428+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.