Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457983
Title: | Pengaruh suhu terhadap perkembangan larva lalat berkepentingan forensik chrysomya villeneuvi patton (diptera: calliphoridae) |
Authors: | Ahmad Firdaus Mohd Salleh (P50289) |
Supervisor: | Mohammed Abdullah bin Marwi, PM Drs. |
Keywords: | Entomologi forensik |
Issue Date: | 23-Dec-2013 |
Description: | Entomologi forensik adalah satu bidang ilmu yang menggunakan serangga sebagai bahan bukti untuk menganggarkan selang masa kematian atau post mortem interval (PMI). Penentuan PMI tersebut berdasarkan kepada saiz dan peringkat perkembangan serangga. Chrysomya villeneuvi merupakan salah satu spesies langau yang boleh dijadikan sebagai petunjuk yang baik untuk menganggarkan PMI apabila ia terdapat pada mayat. Di Malaysia, data perkembangan lalat spesies ini belum dibangunkan untuk dijadikan sebagai panduan kepada ahli entomologi. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu data asas dan graf perkembangan bagi lalat Ch. villeneuvi pada suhu yang berbeza. Data yang diperolehi juga digunakan untuk membangunkan diagram isomorfen dan jadual jam darjah terkumpul (ADH). Kajian perkembangan telur, larva dan pupa lalat Ch. villeneuvi dilakukan pada bawah suhu 25 °C, 27 °C, 30 °C, 33 °C dan 37 °C di makmal dengan menggunakan kebuk pertumbuhan serangga. Sumber asal lalat dewasa diperolehi dengan meletakkan bangkai tikus di Pusat Penyelidikan Universiti Malaya, Batu 16, Gombak. Lalat dewasa dipelihara di makmal untuk dijadikan sumber koloni. Lebih kurang 150 biji telur dibiakkan dengan meletakkan ke dalam bekas yang mengandungi 200 g hati lembu sebagai sumber makanan untuk larva yang baru menetas. Lima ekor larva diukur panjangnya setiap tiga jam untuk mendapatkan satu nilai purata untuk setiap suhu. Pemprosesan slaid dan pengambilan foto larva dilakukan untuk mengetahui peringkat perkembangan larva. Ch. villeneuvi mengambil masa selama 9.40 ± 0.02 hari pada suhu 25 °C, 9.34 ± 0.04 hari (27 °C), 9.00 ± 0.07 hari (30 °C), 7.95 ± 0.02 hari (33 °C) dan 7.51 ± 0.02 hari (37 °C) untuk melengkapkan satu kitar hidup. Pada suhu pembiakan yang berbeza, terdapat perbezaan signifikan (p < 0.001) ke atas masa perkembangan kitar hidup lalat Ch. villeneuvi. Semakin tinggi suhu dan nilai ADH, semakin pendek satu kitar hidup lalat Ch. villeneuvi. Kajian ini menyatakan tentang tempoh peringkat dalam kitar hidup berdasarkan suhu membantu dalam pembangunan diagram isomorfen dan data ADH. Penyiasat forensik di Malaysia boleh menganggarkan PMI berdasarkan isomorfen dan data ADH yang diperolehi dari kajian ini apabila Ch. villeneuvi ditemui pada mayat.,Master / Sarjana |
Pages: | 83 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85098+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.