Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457981
Title: Modulasi ekspresi protein oleh gamma-tokotrienol pada sel kanser hepar HEPG2
Authors: Farahani Abd Rahman Sazli (P45014)
Supervisor: Zakiah Jubri, Dr
Issue Date: 25-Jun-2013
Description: Gamma-tokotrienol (GTT) telah menunjukkan kesan antiproliferasi ke atas pelbagai jenis sel kanser termasuk sel kanser hepar manusia (HepG2). Pendekatan proteomik digunakan untuk memahami aktiviti antiproliferasi GTT ke atas sel HepG2. Proteomik digunakan untuk mencirikan dan membandingkan perubahan ekspresi protein di antara sel HepG2 dan sel hepar normal, WRL-68 yang dirawat dengan 70µM GTT selama 48 jam. Titik protein yang menunjukkan ekspresi berbeza ditentukan menggunakan gel elektroforesis 2-dimensi (2DE), dikenal pasti menggunakan spektrometer jisim MALDI-TOF (MS) dan disahkan oleh tindakbalas berantai polimerase masa-nyata kuantitatif (qRT-PCR). Dengan rawatan GTT ke atas keduadua sel didapati sebanyak 17 titik protein telah diekspreskan berbeza berbanding tanpa rawatan masing-masing iaitu 5 pada sel HepG2 dan 12 pada sel WRL-68. Pada sel HepG2, didapati 3 protein dikawalatur menurun dan 2 protein dikawalatur meningkat manakala pada sel WRL-68, sejumlah 10 protein dikawalatur menurun manakala 2 protein dikawalatur meningkat selepas dirawat GTT. Di antara protein-protein ini, dua titik protein: peroxiredoxin 4 (PRDX4) dan kofaktor pengikat tubulin A (TBCA) telah dikenalpasti oleh MS. PRDX4 didapati meningkat secara signifikan pada kedua-dua sel HepG2 dan WRL-68 selepas rawatan GTT. TBCA dikawalatur menurun dengan kehadiran GTT pada sel WRL-68 tetapi tidak berubah pada sel HepG2. Pengesahan oleh qRT-PCR pula menunjukkan pengurangan ekspresi mRNA PRDX4 pada sel HepG2 yang dirawat GTT tetapi tiada perubahan ekspresi pada sel WRL-68 yang dirawat GTT. Bagi TBCA, ekspresi mRNAnya didapati menurun pada kedua-dua sel HepG2 dan WRL-68 selepas rawatan GTT. Sebagai kesimpulan, rawatan GTT berupaya memodulasikan ekspresi protein bagi mengawal proliferasi sel kanser hepar, HepG2 dan sel normal, WRL-68 di mana dua protein iaitu PRDX4 dan TBCA telah dikenal pasti. Kedua-dua protein ini didapati memainkan peranan yang penting dalam perlindungan sel terhadap tekanan oksidatif.,Master / Sarjana
Pages: 92
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85093+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.