Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457973
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Taty Anna Kamarudin, Puan | |
dc.contributor.author | Noor Azliza Wani Abd. Aziz (P50259) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T01:48:56Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T01:48:56Z | - |
dc.date.issued | 2013-07-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:85024 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457973 | - |
dc.description | Keracunan plumbum merupakan salah satu daripada masalah kesihatan awam yang membimbangkan di seluruh dunia. Pada tahun kebelakangan ini, dicadangkan bahawa toksisiti otak yang berlaku akibat keracunan plumbum mungkin mempunyai kaitan dengan tekanan oksidatif. Dalam kajian ini, antioksidan seperti vitamin E dicadang mampu menghalang ketoksikan otak akibat keracunan plumbum. Dalam kajian rintis, 30 ekor tikus Sprague-Dawley jantan seberat 150-200 g dibahagikan secara rawak kepada lima kumpulan. Kumpulan kawalan (CTRL) diberikan air suling sebagai air minuman. Kumpulan kajian yang diberikan 0.1%, 0.2% dan 0.4% plumbum asetat di dalam air suling selama 30 hari masing-masing dinamakan sebagai PB1, PB2 dan PB4. Kumpulan baseline (BSLN) dikorbankan setelah tempoh aklimatisasi. Pada akhir kajian rintis, bahagian hipokampus dan korteks serebrum tisu otak diambil bagi tujuan kajian mikroskopik cahaya melalui pewarnaan hematoksilin dan eosin (H & E) dan kresil ungu. Selain itu, penentuan aras plumbum otak dan darah juga dilakukan. Hasil kajian rintis mendapati pengambilan plumbum mendorong penghasilan neuron yang kelihatan mengalami apoptotis di kawasan hipokampus dan korteks frontal secara berkait dos. Berbanding dengan CTRL, PB2 menunjukkan kehadiran neuron yang kelihatan mengalami apoptosis beserta sel neuron dalam susunan yang tidak teratur. PB4 menunjukkan peningkatan signifikan bilangan sel yang kelihatan mengalami apoptosis peringkat lewat di kedua-dua bahagian hipokampus dan korteks frontal berbanding CTRL. Perubahan histologi yang diperhatikan dalam PB2 dan PB4 mungkin berlaku hasil pengambilan 0.2% dan 0.4% plumbum asetat, masing-masing. Selain itu, peningkatan secara signifikan bagi aras plumbum otak dan darah juga diperhatikan dalam PB2 dan PB4 berbanding PB1. Maka dalam kajian fasa kedua, dos 0.2% plumbum asetat telah digunakan di mana 18 ekor tikus telah dibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan. PB2T telah diberikan 0.2% plumbum asetat dalam air suling dan makanan tambahan fraksi kaya tokotrienol (TRF) selama 30 hari. Kumpulan CTRL dan PB2 dilakukan seperti dalam kajian rintis. Di akhir kajian fasa kedua, pemerhatian histologi dan penentuan aras plumbum turut dilakukan. Di samping itu, aras TRF dan malondialdehid (MDA) otak dan plasma, serta tahap aktiviti enzim superoksida dismutase (SOD) otak dan eritrosit turut ditentukan. Keputusan menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) aras plumbum otak dan darah dalam PB2T menghampiri aras CTRL apabila dibandingkan dengan PB2. Aktiviti SOD eritrosit didapati meningkat secara signifikan (p<0.05) dalam PB2T berbanding PB2 dan CTRL. Aras MDA otak turut meningkat secara signifikan (p<0.05) dalam PB2 berbanding CTRL. Kesimpulannya, pendedahan plumbum mampu menyebabkan perubahan histopatologi yang ketara di bahagian hipokampus. Tahap perubahan histopatologi didapati berlaku seiring dengan peningkatan aras plumbum otak dan darah. Kajian ini memberikan bukti penurunan aktiviti enzim antioksidan dan peningkatan produk peroksidasi lipid akibat kehadiran tekanan oksidatif dalam tikus yang terdedah kepada plumbum. Pemberian TRF didapati memberikan kesan berfaedah dalam mengurangkan pengumpulan plumbum di dalam otak dan darah tikus kajian.,Master / Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Lead poisoning - Animal models | |
dc.title | Kesan pemberian tokotrienol ke atas toksisiti otak aruhan plumbum pada tikus Sprague-dawley jantan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 180 | |
dc.identifier.callno | RA1231.L4N644 2013 | |
dc.identifier.barcode | 002061 | |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85024+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.