Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/457972
Title: | Corak pengekspresan gen berkaitan senesen dan status oksodatif dalam subjek okto/nonagenarian berbanding anaknya |
Authors: | Amirah Abdul Rahman (P50266) |
Supervisor: | Wan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Gen lanjut usia Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 10-Apr-2012 |
Description: | Gen lanjut usia serta fungsi rangkaian antioksidan efisien berpotensi untuk melambatkan atau mengurangkan risiko mendapat penyakit berkait penuaan dan meningkatkan kerintangan terhadap tekanan persekitaran dengan melindungi proses biologi penting dalam sel daripada kerosakan oksidatif. Ini dihipotesiskan dapat menyumbang kepada penuaan berjaya dan jangka hayat yang panjang. Oleh kerana kajian penuaan yang melibatkan perbandingan antara individu lanjut usia dan subjek kawalan muda adalah terhad, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji profil pengekspresan gen dan status oksidatif subjek yang berasal dari kampung di daerah Bentong dan Raub, Pahang bagi mengurangkan variasi daripada faktor sekitaran seperti diet dan gaya hidup. Analisis mikroatur bagi 18 sampel sel mononuklear darah periferal (PBMC) dari dua kumpulan usia iaitu okto/nonagenarian (85.56 ± 2.26 tahun) dan anak (50.22 ± 1.96 tahun) menunjukkan perubahan dalam ekspresi gen melibatkan peningkatan kapasiti apoptosis (↑BAK1), regulasi kitaran sel (↑FOXO4), proses metabolik (↑LRPAP1), tindakan insulin (↓IGF2R), dan peningkatan respon keimunan serta inflamatori (↑IL27RA), manakala respon terhadap stress (↓HSPA8), rangsangan kerosakan dalam sel (↑XRCC6) dan proses modifikasi kromatin (↑TINF2) adalah menurun dalam okto/nonagenarian. Analisis statistik dengan pembetulan ujian pelbagaian (MTC) Benjamini-Hochberg (p<0.05) mendapati pada perubahan gandaan (FC) ≥1.2, 477 gen mempunyai tahap ekspresi lebih tinggi, dan 335 gen mempunyai tahap ekspresi lebih rendah dalam okto/nonagenarian berbanding anaknya. Sebanyak 12 gen yang mewakili 12 proses biologi terpilih disahkan dengan lebih lanjut melalui analisis RT-qPCR. Bagi penentuan status oksidatif, produk peroksidasi lipid malondialdehid (MDA) (r = -0.567, p<0.0001) dan produk oksidasi protein karbonil (PC) (r = -0.414, p<0.01) didapati menurun dengan usia (n=40). Menariknya, aras vitamin A (r = -0.328, p<0.05) juga menurun dengan usia (p<0.05), namun begitu, aras jumlah vitamin E dan ß-karoten tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan usia. Aras γ--tokoferol (GTF) pula didapati menurun (p<0.05) dalam okto/nonagenarian (0.640 ± 0.036 µg/ml), bagaimanapun, tiada korelasi dilihat antara GTF dan usia (p>0.05). Aktiviti glutation peroksidase (GPx) menurun (p<0.05) dalam okto/nonagenarian (33.77 ± 1.056 nmol/min/ml/mg Hb), namun tiada korelasi dilihat dengan usia. Didapati wujudnya korelasi positif di antara superoksida dismutase (SOD) (r = 0.362, p<0.05) dan usia, manakala tiada perubahan didapati pada aktiviti katalase (CAT) (p>0.05). Kesimpulannya, tekanan oksidatif rendah, aras SOD yang tinggi dan perubahan ekspresi gen dalam laluan apoptosis, respon terhadap tekanan, pembaikpulihan DNA, penyenggaraan telomer dan proses metabolik mungkin menjelaskan perubahan berkaitan penuaan dalam subjek lanjut usia kajian ini yang mempunyai implikasi sebagai penanda-bio penuaan serta mencadangkan molekul sasaran bagi modulasi penuaan secara sukses.,Master / Sarjana |
Pages: | 266 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84746+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 8.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.